Sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka semula bermula 29 November

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Malaysia dan Singapura akan membuka semula sempadan bersama kedua-dua negara selepas lebih setahun, menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) khas antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November ini.


"Memandangkan terdapat progres yang signifikan dicapai oleh kedua-dua negara dalam memvaksin populasi masing-masing dan menguruskan pandemik Covid-19, Perdana Menteri bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara secara progresif, dengan cara yang selamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Malaysia dan Singapura akan melancarkan VTL antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Changi bermula 29 November," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Kedua-dua Perdana Menteri itu mengakui bahawa Covid-19 telah menjejaskan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara dan memisahkan keluarga selama beberapa bulan.

 

Di bawah VTL, pelancong yang lengkap divaksin akan dapat melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia, dan tertakluk kepada ujian Covid-19, tanpa perlu menjalani kuarantin atau Notis Tinggal Di Rumah (SHN).

 

Sempadan kedua-dua negara itu ditutup sejak 18 Mac 2020.

 

 

Mstar

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…