Sembunyi dalam but kereta e-hailing untuk rentas negeri

oleh SALINA JALIL|
Hasrat seorang wanita warga Indonesia yang ingin beraya bersama suaminya tidak kesampaian apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Ampat, di Melaka, petang tadi.


Wanita berusia 28 tahun itu ditahan dalam Op COVID-19, kira-kira jam 2.30 petang ketika bersembunyi di dalam but kenderaan e-hailing yang dinaikinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal mendapati wanita itu menggunakan perkhidmatan e-hailing dari Nilai, Negeri Sembilan untuk ke Rembia untuk bertemu suaminya selepas kira-kira setahun tidak berjumpa.

 

"Curiga dengan sebuah PERODUA Bezza yang juga e-hailing dipandu seorang lelaki, anggota bertugas di SJR kemudian membuat pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu.

 

"Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berada dalam keadaan terbaring di dalam but," katanya.

 

Arshad berkata, kedua-dua suspek, termasuk pemandu e-hailing berusia 27 tahun ditahan untuk tindakan lanjut, manakala pemeriksaan turut mendapati wanita berkenaan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

 

"Pemandu e-hailing itu disiasat mengikut Peraturan 15

 

Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah.

 

"Wanita warga asing itu pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, selain akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…