Sembilan unit Suzuki Swift Top Gear dijual pada harga RM45k di UK

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat pada unit Suzuki Swift yang digunakan oleh trio bekas pengacara Top Gear suatu ketika dahulu?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit Suzuki Swift bukanlah digunakan untuk perjalanan merentas negara seperti yang mereka gemar lalukan, akan tetapi kesemua sembilan unit tersebut digunakan untuk perlawanan bola sepak di beberapa lokasi secara langsung.
 

swift


Malah, ia juga turut disertai sendiri oleh Jeremy Clarkson, James May, dan Richard Hammond, termasuk The Stig yang menggunakan Swift berwarna putih.  

Acara lelongan yang berlangsung baru-baru ini di eBay menyaksikan kesemua sembilan unit Suzuki Swift itu telah berjaya dibeli pada harga yang agak munasabah - £7,900 atau RM45,239 untuk lot sembilan unit kereta.
 

Suzuki


Menurut keterangan, kesemua Suzuki Swift tersebut masih lagi boleh dipandu, namun kesan kerosakan yang dialami daripada 'sukan bola sepak' itu adalah amat ketara, dan tidak lagi sesuai digunakan untuk pemanduan di jalan raya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini Majlis Metro Manila (MMC), melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA),…
Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di litar ujian Top Gear di Dunsfold, UK. Butiran sebenar kejadian tidak…