Sembilan 'stuntman jalan raya' mengaku tidak bersalah

oleh SALINA JALIL|
Sembilan lelaki termasuk tiga remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Port Dickson, Ahad lalu.


Kesemua tertuduh Muhammad Fitri Nasruddin, 19, Muhammad Alif Mohd Noor, 21, M Vinot, 23, S Darshan, 23, Rizki, 24, Muhammad Aliff Adnan, 24, dan tiga lagi tertuduh bawah umur membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Berdasarkan pertuduhan kesemua tertuduh pada Ahad lalu jam 2.30 pagi hingga 3.30 pagi, di Jalan Bypass Port Dickson di sini sebagai penunggang motosikal menunggang motosikal secara melulu berbahaya.

 

Kesemua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dihukum penjara maksimum lima tahun dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan jika lesen memandu percubaan ia boleh dibatalkan.

 

Tiada jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi.

 

Vinot, Darshan dan dua tertuduh bawah umur diwakili peguam K Sheela manakala Muhammad Fitri, Muhammad Alif Adnan, Muhammad Alif Mohd Noor dan seorang tertuduh bawah umur diwakili peguam Veni Paul.

 

Rizki warganegara Indonesia tidak diwakili peguam.

 

Majistret membenarkan kesemua tertuduh kecuali Rizki diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes, pada 27 Julai depan.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Merujuk kepada laporan bertajuk 'Pemandu terus buntu, JPJ masih sita lori walau kompaun sudah…
Berita Domestik
Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim masing-masing…
Berita Domestik
Berdasarkan kertas pertuduhan, warga emas itu sebagai pemandu kereta bernombor pendaftaran KV 2369…