Sembilan kenderaan di bengkel terbakar

oleh SALINA JALIL|
Sembilan kenderaan musnah apabila sebuah bengkel membaiki kereta di Taman Aman, Langkawi, terbakar semalam.

Kebakaran pada 11.30 pagi itu membabitkan enam kereta, dua van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di luar bengkel.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.41 pagi.

 

“Sepasukan 12 anggota termasuk dua pegawai berserta dua jentera dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

 

“Setiba di lokasi didapati kebakaran membabitkan sembilan kenderaan yang diletakkan di luar bengkel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohamadul Ehsan berkata, dua kereta dan satu van musnah 95 peratus; tiga kereta dan satu van 80 peratus, manakala masing-masing sebuah kereta dan pacuan empat roda 10 peratus.

 

“Punca dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

 

 

 

Sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 25 tahun menerima rawatan di zon merah hospital sama…
Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 2.40 petang, pesawat  jenis Beechcraft Model 390…
Berita Domestik
Menurut Harian Metro, kereta mewah itu sedang dicari dalam operasi khas SPRM yang dijalankan…