SEMBILAN Fakta Menarik Pasal Kereta Saga

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 9 Julai 1985 merupakan tarikh kelahiran sebenar Proton Saga di pasaran Malaysia, dan sedan pertama buatan negara itu kini sudah pun mencecah usia 37 tahun.

Sehingga kini, ia masih lagi berkhidmat kepada beribu-ribu pemandu di Malaysia dan juga di luar negara.

Sebagai meraikan ulang tahun yang ke-37, berikut merupakan sembilan fakta menarik berkenaan Proton Saga.
 

Saga


1. Kita semua tahu Proton Saga telah dilancarkan pada 9 Julai 1985. Namun, tidak ramai yang tahu tarikh itu dipilih sempena hari lahir Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut merupakan pengasas PROTON.

2. Nama Saga telah dipilih daripada satu pertandingan iaitu "Peraduan Menamakan Kereta Kebangsaan" yang menerima 102,823 penyertaan. Walaupun nama Saga diambil daripada biji merah keras pokok Saga, ia juga merupakan akronim untuk Safety, Achievement, Greatness, dan Ability.
 

Saga


3. 36 prototaip telah direka sebelum Proton Saga pertama diluluskan oleh Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada tahun 1984.

4. 1.95 juta unit Proton Saga telah dijual sejak 1985, menjadikannya kereta terlaris dalam sejarah automotif Malaysia.

5. Jika anda membariskan 1.95 juta unit Proton Saga yang terjual, rantaian itu akan menempuh jarak lebih 8,000km, hampir sama dengan jarak antara Malaysia dan Ukraine.
 

Saga


6. Proton Saga telah dieksport ke sejumlah 28 buah negara di seluruh dunia. Bangladesh merupakan pasaran eksport pertama pada tahun 1986 dan diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1989.

7. Proton Saga ialah model eksport PROTON yang paling popular dengan lebih 59,000 unit terjual.
 

Saga


8. Proton Saga telah meraih lebih 22 anugerah daripada pelbagai saluran media sejak 1988. Ia juga terlibat dalam sukan permotoran sejurus selepas ia dilancarkan. Kejayaan terbarunya ialah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan 1000km Sepang 2019 yang dimenangi oleh Proton Iriz yang turut dikendalikan oleh R3, bahagian permotoran Proton.

9. Sebuah Proton Saga berwarna merah adalah kereta rasmi pertama yang dipandu di atas Jambatan Pulau Pinang. Pemandu kereta itu ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, prestasi jualan untuk tahun ini telah mengatasi jumlah jualan sepanjang tahun 2021 (…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku…
Berita Domestik
  Berbanding dengan pasaran automotif secara keseluruhan pula, Proton kekalkan kedudukan di tangga…