Semangat Gazoo Racing disambung dalam talian

oleh Mohamad Hanif|
Setelah aktiviti perlumbaan terpaksa dihentikan sementara akibat penularan pandemik Covid-19, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menjadi jenama automotif pertama di Malaysia yang membawakan perlumbaan maya sebagai kesinambungan untuk meneruskan semangat sukan permotoran tempatan dengan pengenalan acara Toyota Gazoo Racing Online Challenge.
Modenas

Aktiviti itu, yang berlangsung dari 23 April hingga 21 Mei 2020 telah menarik penyertaan peserta berusia semuda enam tahun didalam pertandingan yang memanfaatkan permainan popular Gran Turismo Sport melalui platform Sony Playstation untuk mencari pemandu terpantas menerusi perlumbaan di lima litar maya seluruh dunia.

Keseluruhannya, Toyota Gazoo Racing Online Challenge menawarkan hadiah bernilai RM7,500 bagi perlumbaan lima pusingan berkenaan.

"Pandemik Covid-19 memang telah memberi kesan ke atas aspek fizikal sukan perlumbaan, tetapi tiada alasan sebenarnya untuk semangat yang sama itu diteruskan secara maya. Falsafah Gazoo Racing boleh dilanjutkan melangkaui litar perlumbaan sebenar dan disebabkan itu kami membawanya ke dalam talian pula," jelas Ketua Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

 


Akio yang turut merupakan Timbalan Pengerusi UMWT berkata, Toyota Gazoo Racing Online Challenge juga merupakan lanjutan kepada Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports yang menunjukkan komitmen syarikat untuk tidak hanya membawakan sukan permotoran kepada khalayak lebih luas, tetapi juga untuk menjadikannya capaiannya lebih mudah dan murah.

Susulan daripada cabaran atas talian yang mendapat sambutan itu, fasa keduanya akan diadakan pada 12 Julai nanti dan bakal menyaksikan pelumba-pelumba terbaik dari fasa pertama berentap dalam perlumbaan akhir yang lebih sengit.

Pusingan akhir perlumbaan maya itu terdiri daripada empat pusingan kejuaraan mini yang bakal diadakan, dengan semuanya menampilkan jentera-jentera lumba ikonik — Toyota GT86 Gr. B Rally yang eksklusif untuk Gran Turismo.

Pelumba-pelumba terpantas itu akan beraksi di dalam litar ternama dunia, termasuk Red Bull Ring dan Autodromo De Interlagos. Pusingan-pusingan yang ada juga akan menggunakan format kedudukan grid terbalik.

Dengan perlumbaan maya dalam talian terus menerajui aktiviti sukan permotoran Toyota Gazoo Racing untuk baki tahun 2020, Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports kali ketiga — yang menyaksikan UMWT menjadi syarikat kereta pertama di Malaysia dikaitkan dengan aktiviti sukan maya yang semakin rancak berkembang — pula akan diadakan pada Ogos-September tahun ini (tarikh dan format perlumbaan akan diumumkan tidak lama lagi).

 


Selain itu, sebagai tambahan, Toyota Motor Asia Pasifik (TMAP) juga akan turut menganjurkan GR Supra GT Cup Asia 2020, sebuah acara perlumbaan maya serantau yang pertama seumpamanya pada Oktober 2020.

Acara berkenaan bakal menyaksikan pusingan kelayakan diadakan di Malaysia (melalui Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports), Thailand, Singapura, Filipina dan India dari Julai hingga September untuk memilih tiga pelumba terbaik yang akan mewakili negara masing-masing di peringkat serantau untuk perlumbaan kemuncak.

"Pandemik Covid-19 telah membawa sekali cabaran yang tersendiri serta peluang baru, antara lain menjadikan sukan perlumbaan maya kini sebagai pengganti yang kian pesat berkembang kepada acara perlumbaan sebenar. Pengenalan acara peringkat serantau seeprti ini dirasakan tepat pada masanya dan akan menggalakkan momentum Toyota ke arah merancakkan lagi agenda sukan perlumbaan maya di Malaysia," ujar Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

"Perlumbaan simulator mempunyai kesan yang besar terhadap sukan maya di Malaysia, kerena berjaya menarik minat penggiat sukan elektronik berkenaan dan juga pelumba sebenar sekali gus untuk turut serta. Sebagai sebuah jenama automotif, Toyota di Malaysia hari ini berada dalam kedudukan yang teguh dalam untuk meneraju kedua-dua aspek berkenaan — dengan kehadiran yang kukuh dalam sukan perlumbaan maya."

Ravindran juga menambah, usaha berkenaan telah memperkukuhkan lagi komitmen Toyota terhadap sukan permotoran dengan capaian yang lebih mudah untuk khalayak, mempromosi falsafah Gazoo Racing yang merangkumi prestasi dan kecemerlangan serta memperkenalkan kepada pasaran barisan kenderaan istimewanya yang menggunakan lencana GR.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Musim ketiga perlumbaan Vios Challenge menyaksikan Tengku Djan Ley dinobatkan sebagai juaran…
Sukan Bermotor
Ini bermakna, pusingan terakhir Toyota Gazoo Racing Festival untuk musim ini tidak akan dibuka…
Berita Domestik
Penguasaan Tengku Djan Ley pada hari pertama nampaknya berakhir awal apabila menghadapi masalah…