SEMA: Toyota Tacozilla, Tacoma Overlanding dan Tundra TRD Desert Chase

oleh Mohamad Hanif|
Acara SEMA baharu sahaja membuka tirai dan Toyota membawakan barisan trak pikap yang dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Tacozilla Concept

Tacoma


Ia merupakan konsep yang dibangunkan oleh Toyota Motorsports Garage sebagai tribut kepada kenderaan camper Toyota yang wujud pada tahun 1970-an sehingga tahun 1980-an, dengan menggunakan asas daripada Tacoma TRD Sport.

Tacozilla Concept membawakan binaan badan camper di bahagian belakang yang diperbuat dairpada aluminium dengan layangan liveri yang klasik.

Disebalik binaan pintu belakang yang dikatakan memakan masa kira-kira 100 jam, terselindung ruang dalaman yang mampu memuatkan pelbagai jenis kemudahan termasuk ruang dapur yang serba lengkap, ruang makan, serta tidak ketinggalan katil pada bahagian atas kabin.

Untuk kegunaan off-road, trak Tacoma ini telah diberikan kit pengangkat 2 inci, rim 17 inci yang dibaluti tayar General Grabber X3, pemasangan snorkel, serta ekzos TRD kustom.

 

 

Toyota Tacoma Overlanding Concept

Tacoma


Untuk mereka yang sekadar mahu melakukan aktiviti hujung minggu yang santai tanpa memerlukan sebuah jentera camper, Tacoma Overlanding jawapan yang sesuai.

Menggunakan asas daripada Tacoma SR5, Tacoma Overlanding ini dilengkapi dengan sistem suspensi Old Man Emu BP-51 yang mampu meninggikan kenderaan sebanyak tiga inci.

Kemasan luaran merangkumi bampar hadapan tahan lasak, skid plate, rock slider, bampar belakang Expedition One, cangkuk Warn, sistem kemasukan udara yang ditinggikan, serta rim Alloy Alpha 17 inci yang dibaluti tayar Goodyear Wrangler DuraTrac.

Bahagian bed belakang dimuatkan dengan sistem laci berkembar yang menempatkan peti sejuk dua zon Zero, pemampat udara ARB, rak khas serta khemah bumbung Yakima.

 

 

Toyota TRD Desert Chase Tundra

TD


Beralih kepada abang besar bagi segala trak pikap Toyota, Tundra ini telah diberikan sedikit kemaskini yang diinspirasikan daripada jentera sokongan perlumbaan padang pasir.

Bahagian luar trak ini mendapat kit badan lebar, rim aluminium 18 inci dengan tayar General Grabber X3, bampar depan tiub, suspensi jenis long-travel dan juga tidak ketinggalan sangkar oleng dengan lampu Rigid yang boleh ditinggikan atau direndahkan.

Sebagai sebuah jentera sokongan, trak pikap ini turut memuatkan jack off-road, botol CO2 seberat 6.8 kg, ruang penyimpanan air dan bahan api, serta tidak ketinggalan dua unit tayar simpanan dan ARB Tred Pro Recovery Board.

 


Pakej TRD Off-road untuk Toyota Tundra

Tundar


Serentak dengan itu, Toyota mengumumkan penawaran pelbagai jenis daripada 100 buah aksesori yang boleh dimuatkan pada trak pikap saiz penuh ini.

Antara yang diperlihatkan termasuklah kit pengangkat yang menambah 2.6 inci jarak kelegaan tanah, skid plate TRD, tempat pemijak sisi aluminium TRD, serta pakej rim dan tayar TRD Off-Road.

Ruang bed belakang pula boleh ditambah dengan bed extender, tonneau cover boleh lipat, alas bed, kamera perakam pemanduan, serta kotak storan yang boleh ditarik keluar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, yang menjadi tumpuan utama bukanlah kereta buatan baru dengan teknologi canggih, tetapi ia…
Berita Global
Honda Accord Wagon ini menampilkan liveri ikonik JACCS yang diinspirasikan daripada jentera Honda…
Berita Global
Untuk acara SEMA 2021 yang bakal berlangsung, Honda akan membawakan sehingga tujuh unit kenderaan…