SEMA: Honda bawakan dua contoh jentera lumba Civic Si

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang anda semua maklum, Honda Civic Si 2022 yang baharu sahaja dilancarkan minggu lalu merupakan satu model yang mampu mengisi kekosongan antara model standard Civic dan juga Civic Type R yang bakal tiba kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk acara SEMA 2021 yang bakal berlangsung, Honda akan membawakan sehingga tujuh unit kenderaan pameran, termasuk dua buah model konsep jentera lumba Civic Si.

 

Honda Civic Si Race Car Prototype oleh HPD

HPD


Civic Si Race Car Prototype ini dihasilkan oleh divisyen Honda Performance Development untuk perlumbaan siri SRO TC America.

Enjin masih lagi dalam keadaan standard, namun apa yang berubah adalah beberapa talaan serta penggunaan radiator berkapasiti tinggi, nisbah gear keempat yang ditala semula, LSD Cusco/HPD dan sistem ekzos Borla/HPD.
 

Civic


Untuk sebuah jentera lumba, perkara yang wajib dipasang sudah pasti sangkar keselamatan, serta diikuti roda stereng, harness dan tempat duduk OMP, sistem suspensi boleh laras dengan penyerap hentak Bilstein dan spring Eibach, roda aloi Momo dan sistem brek Wilwood (angkup enam omboh depan, dua omboh belakang).


Team Honda Research West Civic Si Race Car

Civic


Jentera lumba Civic yang kedua ini dibina oleh pasukan sukarelawan dari pelbagai divisyen dalam Honda, dan bakal bertempur dalam  perlumbaan 25 jam National Auto Sport Associations (NASA) di Northern California.

Selain menampilkan talaan enjin daripada Hondata, jentera lumba ini dipasangkan dengan sistem penyejuk minyak, radiator yang lebih besar, kemasukan kustom, sistem ekzos titanium, set nisbah gear kustom dan sistem brek daripada Paragon.
 

Civic


Menjadikan rupa paras Civic Si ini lebih garang adalah pemasangan hud dan trunk karbon daripada Seibon, sayap belakang GT250 daripada APR Performance, serta splitter kustom daripada Power Stream Industries.

 

Aksesori HPD untuk Civic Si 2022

Civic


Honda juga mengumumkan senarai aksesori tulen Honda dan aksesori HPD yang boleh dipadankan pada Honda Civic Si 2022.

Untuk pameran tersebut, mereka menayangkan sebuah Honda Civic Si 2022 dengan penambahan aksesori seperti spoiler bawah badan yang agresif, emblem HPD, set rim, serta spoiler belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, yang menjadi tumpuan utama bukanlah kereta buatan baru dengan teknologi canggih, tetapi ia…
Berita Global
Toyota Tacozilla Concept Ia merupakan konsep yang dibangunkan oleh Toyota Motorsports Garage…
Berita Global
Honda Accord Wagon ini menampilkan liveri ikonik JACCS yang diinspirasikan daripada jentera Honda…