SEMA: Honda Accord wagon dengan enjin Type R FK8!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Performance Department (HPD) dengan kerjasama Fifteen52 dan Mountune USA bakal membawakan Project96, iaitu sebuah Honda Accord wagon generasi kelima pada acara tahunan SEMA, November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Accord Wagon ini menampilkan liveri ikonik JACCS yang diinspirasikan daripada jentera Honda Accord yang memenangi perlumbaan JTCC Championship 1996.
 

accord


Ia juga sebenarnya turut digunakan untuk mempromosikan barisan rim Super Touring yang dihasilkan oleh Fifteen52.

Disebalik hud enjin, HPD telah menghukum buang daerah nadi  yang asal dan digantikan dengan enjin K20C1 - ya, enjin crate Civic FK8 Type R yang berupaya menghasilkan 306 hp dan 400 Nm.
 

type r


Project96 ini turut menampilkan sistem brek daripada Type R, spring gegelung Tein, komponen suspensi boleh laras serta pemasangan sangkar keselamatan penuh.

Bagi mereka yang tidak tahu, awal tahun lalu Honda Performance Development telah melancarkan program pembelian enjin crate Type R, di mana enjin K20C1 hadir lengkap dengan komponen seperti alternator, pengecas turbo, motor penghidup, serta Controls Package yang terdiri daripada wiring harness, pedal pendikit, kotak fius dan ECU yang diprogramkan sendiri oleh HPD.

Program ini telah pun bermula sejak tahun 2017, namun pada ketika itu hanya dihadkan kepada ahli Honda Racing Line dan pasukan perlumbaan sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, yang menjadi tumpuan utama bukanlah kereta buatan baru dengan teknologi canggih, tetapi ia…
Berita Global
Toyota Tacozilla Concept Ia merupakan konsep yang dibangunkan oleh Toyota Motorsports Garage…
Berita Global
Untuk acara SEMA 2021 yang bakal berlangsung, Honda akan membawakan sehingga tujuh unit kenderaan…