SEMA 2022: Toyota pamer GR Corolla Rally Concept!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, sebelum Toyota aktif menyertai semula World Rally Championship (WRC) dengan jentera Yaris WRC diikuti jentera GR Yaris Rally1, kali terakhir pasukan tersebut bertempur adalah pada tahun 1999 dengan mengunakan jentera Corolla WRC.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Corolla WRC itu menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Toyota Celica Turbo ST205 dan berjaya memenangi empat kejuaraan serta menjuarai kategori pengeluar pada tahun 1999.
 

GRC


Bersempena dengan acara SEMA 2022, Toyota membawakan jelmaan jentera rali terbaharu menggunakan asas daripada GR Corolla.

Dinamakan sebagai GR Corolla Rally Concept, ia banyak mengambil inspirasi rekaan daripada GR Yaris WRC.

Lihat sahaja padanan kit badan lebar, serta pengaruh gentian karbon yang boleh dilihat pada skirt sisi, splitter depan dan sayap belakang yang sangat besar itu.
 

GRC


Keempat-empat sudut dipasangkan rim OZ Racing bersaiz 17 inci dengan balutan tayar Continental VikingContact 7, sementara sistem brek pula dinaiktaraf dengan menggunakan angkup brek Wilwood untuk roda belakang.

Sistem gantungan jentera rali ini menggunakan set gegelung boleh laras TEIN Gravel Rally.  
 

GRC


Tema rali diteruskan pada ruang kabin, di mana ia didatangkan dengan tempat duduk OMP Racing, sangkar keselamatan kustom, sistem pemadaman api, sistem interkom ZeroNoise, serta penambahan brek hidraulik untuk ergonomik pemanduan yang lebih baik.

GR Corolla Rally Concept ini mengekalkan enjin G16E-GTS 1.6 liter yang mampu menjana 300 hp dan 370 Nm, namun ditambahbaik dengan penapis udara aliran tinggi serta sistem ekzos kustom MagnaFlow.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Baru-baru ini, pada acara SEMA 2022 yang diadakan di Las Vegas, Dodge telah mendedahkan konsep…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…