SEMA 2022: Porsche 911 GT3 STI - Ya, 911 GT3 dengan enjin Subaru!

oleh Mohamad Hanif|
Luar Porsche 911, dalam guna nadi Subaru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini mungkin sekali projek modifikasi yang agak gila yang dipamerkan pada acara SEMA 2022 tahun ini.

Menerusi kerjasama Eneos dan DevSpeed Motorsports, jentera Porsche 911 GT3 STI ini menampilkan nadi boxer EJ25 yang diperoleh daripada Subaru Impreza STI 2008 sebelum menjalani proses modifikasi berat.
 

Subaru


Enjin 2.5 liter itu dinaiktaraf dengan penggunaan pengecas turbo BorgWarner EFR 7064-C, intercooler Vibrant Vertical Flow, aci sesondol Brian Crower 280, pemancit bahan api Deatschwerks, sistem saliran bahan api Nuke Performance sebelum diakhiri dengan sistem ekzos kustom tahan karat.

Hasilnya, Porsche 911 ini mampu menghamburkan 542 PS yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan daripada Subaru STI.
 

911


Casis 911 ini asalnya merupakan sebuah Porsche 911 GT3 2007 yang rosak akibat kemalangan, sebelum dibeli oleh drifter profesional Faruk Kugay.

Disebabkan casis asal tidak mempunyai enjin, terserah kepada pemilik untuk memuatkan apa sahaja enjin yang diinginkan, dan disebabkan itu jugalah anda mungkin tertanya-tanya kenapa artikel ini memiliki tajuk yang salah.
 

911


Direka untuk pemanduan dalam litar, 911 GT3 STI ini dipasangkan dengan gegelung boleh laras BC racing, komponen suspensi daripada jentera lumba Porsche 911 Cup, sangkar keselamatan CageKits.

Sistem brek asal GT3 dikekalkan dengan pelapik brek perlumbaan Hawk.

Ia juga telah dipasangkan dengan sistem jack udara Nuke Performance Air Jack 90 Competition untuk memudahkan urusan penukaran tayar yang lebih pantas.
 

911


Penampilan luaran jentera ini diserikan dengan kit badan VAD Design GT3R, unit lampu belakang daripada model 997.2, serta pemasangan bampar baharu di mana ia tidak lagi menampilkan pelindung enjin serta sayap belakang.

Rim Rotiform 917 lebar bersaiz 19 inci digunakan dengan balutan tayar Toyo Proxes R888R.

Akhir sekali, kereta ini dilayangkan dengan liveri biru kuning Subaru WRC yang direka oleh Sean Smith Design.
 

911


Ruang kabin pula dilengkapi dengan tempat duduk gentian karbon Tillet B6 Screamer, abah-abah perlumbaan, kluster instrumen digital, roda stereng kustom serta pelitup papan pemuka dengan salutan anti-silau.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Baru-baru ini, pada acara SEMA 2022 yang diadakan di Las Vegas, Dodge telah mendedahkan konsep…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…