Seludup petrol - 'Kenari' masuk jerat KPDN

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Tindakan seorang penyeludup mengubah suai tangki minyak kereta jenis Perodua Kenari untuk membolehkan mengisi petrol dalam kapasiti besar berjaya dikesan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Ahad.

Dalam kejadian jam 3.40 petang di Telaga Bata, Jalan Chabang Empat Bunohan itu, pihak KPDN telah menyita sejumlah 125 liter minyak petrol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, turut ditahan ialah seorang lelaki berumur 20-an.

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku membuat pembelian pengisian ke dalam tangki ubah suai kenderaannya secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Pekan.

"Barang kawalan tersebut akan dibawa ke pangkalan haram sebelum diseludup ke negara jiran," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, kes itu disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujarnya, kejayaan tersebut adalah hasil daripada Ops Tiris yang dilakukan di sempadan negara sekitar Kota Bharu-Tumpat.

kenari
-tangki diubah suai - gambar dari Sinar Harian

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dulu masa kecil selalu bayangkan betapa luasnya dunia ini, namun cerita mengenai negara-negara…