Seludup diesel guna MPV Toyota Estima!

oleh Penyumbang Rencana|
Hasil pemerhatian gerak-geri yang mencurigakan dari seorang lelaki yang sedang mengisi minyak diesel pada kenderaan mewah jenis pelbagai guna (MPV) telah membongkar kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi itu di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim, di Bukit Mertajam petang Khamis.


Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, RS Jegan berkata, perkara itu terbongkar selepas pemeriksaan dibuat tujuh penguatkuasanya dan menemui tangki simpanan berkapasiti 900 liter yang diletakkan di bahagian tempat penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Turut ditemui motor pam dan hose set yang digunakan untuk menyalurkan minyak daripada tangki asal ke tangki tambahan pada kenderaan MPV terbabit.

 

"Selain merampas MPV jenis Toyota Estima, kita turut menyita 300 liter diesel, motor pam dan hose set, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM300 daripada lelaki berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.

 

“Kami (KPDN) percaya pemandu MPV (kenderaan pelbagai guna) itu mendapat upah ratusan ringgit setiap hari untuk membeli diesel-diesel dari beberapa buah stesen minyak khususnya di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPT).

Dalam serbuan berasingan, Jegan berkata, pihaknya menahan sebuah lori yang sedang mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Baru, Perai pada jam 9.40 malam atas kesalahan sama.

 

"Terdapat sebuah tangki minyak diesel berkapasiti 2,000 liter ditemui di dalam lori tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 460 liter minyak diesel disimpan dalam tangki tersebut.

 

"Kedua-dua kes ini melibatkan dua orang warga tempatan berusia sekitar 30-an dan 50-an disyaki pemandu kenderaan yang menggunakan kenderaan milik sindiket bagi tujuan penyelewengan," katanya lagi.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan.

 

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat boleh didenda.

 

Katanya, mana-mana individu yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi akan diambil tindakan tegas selain turut mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan dari orang awam berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Informasi
1. Toyota Estima     Satu daripada MPV popular di negara kita. Toyota Estima atau Previa lama di…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian…
Berita Global
Dijual bersama-sama dengan Toyota Sienna, Estima merupakan pilihan kedua terbesar bagi mereka yang…