Selimut api EV - penyelesaian terbaik buat kebakaran EV

oleh Firdaus Razani|
gambar hiasan
Tahukah anda, kebakaran sebuah kenderaan elektrik (EV) lebih berbahaya daripada kenderaan enjin pembakaran bahan api, kerana kandungan litium-ion di dalam pek bateri yang terletak dibawah EV.

Tambahan pula, kebakaran daripada sebuah EV boleh mencecah suhu kepada lebih 2,000°C berbanding kebakaran kenderaan petrol kurang dari 1,000°C.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Walaubagaimanapun, apabila kedua-duanya berlaku sesuatu kemalangan, pasti risikonya juga akan tinggi pada yang terlibat dan juga di kawasan sekitar.

 

ev

 

Untuk kemalangan kebakaran kenderaan petrol, mungkin kita dah jumpa cara untuk memadamkannya dengan segera supaya tidak merebak atau api semakin membesar, iaitu dengan buih atau serbuk kering dari pemadam api (fire extinguisher).

ev
gambar dari Palcon.my

 

Bagaimanapula dengan kebakaran EV? seperti umum maklum, kebakaran EV lebih sukar untuk dipadamkan, kerana yang lebih jelas, pek bateri dan hampir keseluruhan kenderaan membawa arus elektrik.

Ia juga tidak boleh disiram dengan air begitu sahaja sekiranya tanda-tanda awal kebakaran seperti pek bateri berasap, kerana ia lebih membahayakan dengan risiko kejutan elektrik boleh berlaku bila-bila masa.

 

ev

 

Tambahan, bateri mengambil masa yang lama untuk disejukkan, dan berisiko untuk menyala semula, jadi EV yang telah terbakar mesti dikendalikan secara berbeza.

Jadi, antara penyelesaian yang ada untuk memadam kebakaran EV ketika ini adalah selimut api EV (EV fire blanket), di mana ia jauh lebih berkesan untuk meredakan dan memadamkan api.

 

ev
Demostrasi penggunaan selimut api EV oleh Jabatan Bomba di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang

 

Perkara ini kerana, selimut api EV boleh mengepung api kebakaran sesuatu kenderaan daripada merebak ke kenderaan atau sesuatu barangan yang berdekatan yang boleh terbakar.

Tambahan, apabila selimut api EV itu digunakan untuk menutup kenderaan terbakar, api yang terbakar itu akan lebih cepat terpadam kerana kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan api semakin marak.

Kebiasaanya, selimut api EV mempunyai saiz yang agak besar, supaya ia mudah untuk menutup pelbagai jenis kenderaan tidak mengira saiz dari sebuah kereta kompak ke sebuah MPV.

 

ev
Demostrasi penggunaan selimut api EV oleh Jabatan Bomba di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang

 

Ia juga mengunakan fabrik paten shaft satin dengan bahan seperti Heat Treated Graphite, dan fabrik dibaluti dengan Silicon Polymer yang boleh mencapai titik cair sehingga lebih kurang 2,500°C.

Bagi kategori yang berkualiti tinggi, ia boleh diguna pakai semula lebih dari 30 kali penggunaan mengikut pada keadaan selimut itu selepas digunakan untuk memadam api kebakaran.

Kini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sudah mula menggunakannya sebagai persediaan untuk hadapi kecemasan seperti kenderaan terbakar terutama sekali apabila melibatkan EV.

Tambahan itu, selimut api EV kini juga telah banyak diletakkan dibeberapa lokasi utama seperti stesen pengecasan EV, parkir pengecas EV atau pusat membeli-belah yang menawarkan pusat pengecasan.

 

ev
Selimut api EV diletakkan di stesen pengecasan EV di R&R Semanggol arah Utara

 

Tujuannya adalah untuk persediaan situasi kecemasan EV terbakar dan cara operasinya adalah hanya perlu dua orang minimum untuk membuka gulungan selimut api EV tersebut.

Tetapi, persediaan itu harus dilakukan oleh mereka yang terlatih dikawasan penempatan selimut api EV itu, contohnya di kawasan pusat membeli-belah, pengawal keselamatan yang akan bertindak sementara menunggu pihak bomba untuk tindakan seterusnya.

 

ev
ev
Gambar dikongsi oleh FCLim dari AutoMaxima untuk demostrasi kepada pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah

 

Mungkin penggunaan selimut api EV ini boleh disyorkan pada pemilik EV di rumah terutamanya, sebagai persediaan, tetapi menurut FCLim dari AutoMaxima, harga bagi segulung selimut api EV boleh mencecah ribuan ringgit kerana ia menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk kalis api.

 

ev