Selepas US, Volkswagen tamat penawaran sedan Passat di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen dilaporkan telah menamatkan produksi sedan empat pintu Volkswagen Passat di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebab di sebalik langkah tersebut disumbangkan oleh angka jualan Passat estate yang jauh lebih laris, serta kehadiran model bersaiz serupa Volkswagen Arteon yang jauh lebih seksi itu.

Langkah yang sama telah diambil oleh Volkswagen di pasaran Amerika Syarikat, di mana produksi sedan tersebut telah ditamatkan dan pelanggan kini boleh mendapatkan Passat Limited Edition 2022 sebagai versi pengakhiran di benua tersebut.

Mengikut kepada tempoh kitaran hayat, Volkswagen dijangka akan memperkenalkan generasi baharu Passat pada tahun 2023, namun dengan penamatan model sedan yang jauh lebih awal, Passat dijangka akan ditawarkan dalam versi wagon sahaja.
 

Aero B


Terdapat beberapa laporan yang mencadangkan penamatan sedan Passat adalah untuk memberikan laluan kepada model VW Aero B - sebuah sedan berkuasa elektrik yang dibangunkan berdasarkan model konsep ID. Space Vizzion.

Disebabkan konsep tersebut datang dalam bentuk wagon, besar kemungkinan model EV baharu Aero B itu akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu sedan dan juga wagon menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, sumber yang tidak rasmi itu mendakwa produksi EV tersebut…
Berita Global
Rakan senegaranya, Toyota pula dilaporkan akan menghentikan penawaran model SUV off-road Land…