Selepas Thailand, Honda Civic Hatchback dilancarkan di Indonesia - Dari RM128K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selepas Thailand, Honda Civic Hatchback dilancarkan di Indonesia
Selepas Thailand, Honda Civic Hatchback dilancarkan di Indonesia
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selepas Honda Civic Hatchback dilancarkan di Thailand, kini tiba giliran Indonesia pula. PT Honda Prospect Motor (HPM) pada 9 Jun 2017 telah melancarkan model hatchback itu melalui dua varian E dan S.

Civic Hatchback dilancarkan dengan slogan Drive Sexiness, refleksi kepada gaya badan sporti yang sama seperti Honda Civic Type R.

Gaya badan hatchback adalah sesuatu yang sudah lama ditinggalkan oleh Honda di rantau ini. Bukan sahaja oleh Honda tetapi pengeluar lain dari Jepun. Di Malaysia, kali terakhir segmen ini diusik apabila Mitsubishi Motors Malaysia memasarkan Lancer Sportsback beberapa tahun dahulu.

Tidak dilupakan Lexus melalui CT200h yang menghuni segmen premium.

Jadi tidak hairanlah apabila ia selesa dihuni oleh pengeluar Eropah seperti Volkswagen atau lebih berani Proton melalui Suprima S.

Adakah Civic Hatchback ini bakal dipasarkan di Malaysia? Setakat ini belum ada apa-apa pengesahan dari Honda Malaysia melainkan cakap-cakap Civic Type R bakal dibawa masuk penghujung tahun ini.

Untuk pasaran Indonesia, Civic Hatchback dibezakan melalui dua varian iaitu E dan S. Varian E lebih lengkap dengan pelbagai kelengkapan manakala Varian S pada harga lebih mampu milik.

Selepas Thailand, Honda Civic Hatchback dilancarkan di Indonesia

Di bawah ialah ringkasan ciri-ciri kedua-dua varian:

Honda Civic Hatchback Turbo E

  • Rp 438.000.000 / RM 140,520.31 
  • 1.5L VTEC Turbo - 173 PS
  • Transmisi CVT tujuh kelajuan
  • ECO AssistTM
  • Mod Econ
  • Lampu utama LED
  • DRL LED
  • Lampu kabus LED
  • Lampu posisi tepi
  • Ekzos berkembar
  • Roda 17 inci
  • Kerusi pemandu elektrik lapan larasan
  • Penyaman udara auto
  • Sistem multimedia sepadan dengan iOS/Android
  • Enam beg udara
  • Hill Start Assist, Vehicle Stability Assist, Anti-lock Braking System (ABS) + Electronic Brake-force Distribution (EBD) + Brake Assist (BA), Brake Override System dan Emergency Stop Signal 
  • Smart Key
  • Smart Entry
  • Penggilap cermin depan automatik
  • Kamera undur

Honda Civic Hatchback Turbo S

  • Rp 399.000.000 / RM 127,995.24
  • 1.5L VTEC Turbo - 173 PS
  • Transmisi CVT tujuh kelajuan
  • ECO AssistTM
  • Mod Econ
  • Lampu utama projektor
  • DRL LED
  • Lampu kabus LED
  • Lampu posisi tepi
  • Ekzos berkembar
  • Roda 17 inci
  • Kerusi pemandu manual enam larasan
  • Penyaman udara auto
  • Sistem multimedia dengan sokongan HDMI
  • Dua beg udara
  • Hill Start Assist, Vehicle Stability Assist, Anti-lock Braking System (ABS) + Electronic Brake-force Distribution (EBD) + Brake Assist (BA), Brake Override System dan Emergency Stop Signal 
  • Smart Key
  • Smart Entry
  • Kamera undur

Kedua-dua varian Honda Civic Hatchback didatangkan dalam enam warna pilihan seperti Rallye Red, Crystal Black Pearl, Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Sonic Gray Pearl dan Modern Steel Metallic.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…