Selepas logo korporat, VW jenamakan semula lencana R

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kira-kira sebulan berlalu semenjak pengenalan penjenamaan semula logo korporat Volkswagen yang lebih ringkas itu, syarikat gergasi Jerman itu kini mengambil langkah seterusnya - menjenamakan semula logo R yang sinonim dengan jentera pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh VW, avatar R itu kini lebih moden, tampak berbeza dan lebih anggun berbanding logo yang biasa anda lihat pada Golf R sebelum ini. 

"Logo baharu syarikat dicirikan dengan penampilan garisan yang dinamik dan progresif, manakala huruf R yang dipanjangkan itu memberikan impresi yang lebih berkuasa, dan mendefinisikan komitmen VW terhadap prestasi dan eksklusiviti. 

 


Ketika ini, Volkswagen mempunyai dua model yang memakai lencana R, iaitu Golf R (yang bakal menerima pengganti tidak lama lagi) dan juga T-Roc R. 

Terdapat laporan tidak rasmi yang menyebut VW bakal memperluaskan lagi penawaran R kepada model-model lain seperti Arteon atau Touareg. 

Selain daripada perubahan logo R, VW juga akan memperkenalkan kemas kini terhadap varian R-Line menerusi model Atlas Cross Sport R-Line pada 11 Oktober ini di Amerika Syarikat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah…