Selepas i30 N, Hyundai mahu lancar i30 Fastback N pula

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selepas melancarkan model prestasi i30 N dan Veloster N, Hyundai sekarang ini sedang mempersiapkan sebuah lagi model hebat iaitu i30 Fastback N.

Jenama N sebenarnya adalah jawapan kepada model-model prestasi daripada pesaing seperti R untuk Volkswagen.

Hyundai bersungguh-sungguh mahu berjaya apabila melantik bekas Naib Presiden Kejuruteraan, BMW M, Albert Biermann bagi menerajui projek ini.

Huruf N adalah rujukan kepada dua lokasi iaitu ibu pejabat Pusat Ujian Hyundai Eropah di N merujuk kepada Nürburgring, Jerman dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Global Hyundai di Namyang, Korea Selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai i30 N
Hyundai i30 N

 

Untuk projek i30 Fastback N ini, Hyundai dilaporkan sedang mengujinya di peringkat akhir sebelum pelancaran rasmi.

Ujian prototaip yang sedang dilakukan sekarang ini termasuklah di atas pelbagai jenis permukaan jalan raya di serata Eropah.

Lokasi ujian wajib semestinya di litar Nordschleife, Nürburgring yang begitu sinonim sebagai litar ujian rasmi model-model berprestasi.

 

Hyundai i30 Fastback N

 

i30 adalah model yang unik daripada Hyundai. Walaupun mempunyai rekaan depan seiras dengan i30 hatchback, model ini lebih panjang ke belakang ala Proton Gen.2 ataupun Honda Civic baharu.

Dengan bentuk badan sedikit pelik, agak menarik bagaimana ia bakal dijelmakan dalam imej N seperti i30 hathcback atau Veloster.

Untuk enjin pula, Hyundai tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenainya.

Berdasarkan model standard sedia ada, i30 Fastback ditawarkan melalui beberapa pilihan enjin iaitu T-GDI turbo, 120 PS 1.0-liter tiga silinder, 140PS 1.4-liter empat silinder dan diesel turbo.

 

Hyundai i30 Fastback N

 

Sebagai rujukan, terdapat dua varian prestasi i30 Hatchback dengan enjin 2.0 Turbo iaitu N Performance dan N dengan had kelajuan elektronik 249 km/j.  

Pecutan kosong hingga 100 km/j mengambil masa 6.4 saat (N) dan 6.2 saat (N Performance). Kuasa tujahan kedua-dua varian ialah 353 Nm di antara 1,500 - 4,700 rpm.

Menariknya enjin 2.0 turbo itu mampu menghasilkan tambahan tujahan 25 Nm melalui fungsi over boost pada setiap masa bergantung kepada suhu ekzos.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai i30 Fastback

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…