Selepas GT86 dan BRZ, Toyota dan Subaru bekerjasama bina SUV elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Motor Corporation (Toyota) berada di dalam keadaan pelik sekarang ini. Maksud penulis ialah sikap keterbukaan untuk berkerjasama dengan pengeluar lain.

Berdasarkan kekukuhan jenama dan jualan Toyota saban tahun rasanya tidak perlu pun untuk berkerjasama. Tetapi itulah yang dibuat, di Amerika Syarikat Toyota berkerjasama dengan Mazda untuk membina kilang baharu dan baru-baru ini Supra A90 yang berkongsi dengan BMW Z4 telah selamat dilancarkan.

Sebelum itu lagi Toyota dan Subaru berkerjasama bagi mengeluarkan GT86 dan BRZ.

Ini adalah strategi dan tindakan bijak yang menunjukkan Toyota tidak hanya memikirkan tentang kelangsungan bisnesnya sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
toyota-86-hakone-edition-3

 

Terbaru pada 6 Jun Toyota dan Subaru mengumumkan kerjasama terbaru mereka, bukan untuk mengeluarkan model gantian GT86 atau BRZ tetapi persetujuan bagi sama-sama membangunkan platform kereta elektrik bateri (BEV).

Platform atau pelantar tersebut akan digunakan untuk kenderaan penumpang bersaiz sederhana dan besar. Kerjasama tersebut turut merangkumi pembangunan SUV BEV segmen C yang bakal dijual di bawah jenama masing-masing. 

Sama seperti projek GT86 dan BRZ, kedua-dua syarikat akan berkongsi kepakaran masing dengan Toyota di dalam teknologi elektrifikasi manakala Subaru pula teknologi pacuan kesemua roda (AWD).

Kerjasama bisnes di antara Toyota dan Subaru sebenarnya telah lama berlangsung iaitu sejak tahun 2005 lagi. Banyak program yang terlibat seperti di dalam pembangunan, pengeluaran dan jualan sejak tahun tersebut.

 

Subaru BRZ

 

Subaru Crosstrek Hybrid HEV yang dijual di Amerika Syarikat misalnya menggunakan input daripada teknologi kenderaan hibrid elektrik (HEV) milik Toyota.

Satu lagi sebab mengapa kerjasama sesama pengeluar adalah penting adalah kerana industri automotif sekarang ini berada di dalam transformasi yang biasanya berlaku sekali di dalam tempoh seratus tahun.

Banyak agenda yang berlaku sekarang ini seperti kereta terhubung, bantuan pemanduan dan autonomi, perkongsian kereta dan komponen serta nadi kuasa elektrifikasi. 

Kerjasama yang dibuat Toyota dan Subaru ini dapat mempercepatkan pembangunan teknologi seterusnya ditawarkan kepada pelanggan.

Subaru Crosstrek PHEV

Pengguna di negara kita buat masa sekarang terhindar daripada cabaran dan trend yang sedang berlaku dengan punca utamanya ialah harga minyak masih berpatutan.

Di negara luar khususnya benua Eropah, harga minyak lebih tinggi dan kerajaan pula sudah memberikan signal untuk mengharamkan kereta dengan berkuasakan minyak fosil.

Sebelum undang-undang tersebut benar-benar berlaku banyak pengeluar sudah melakukan persediaan masing-masing.

Bagaimana pula dengan negara kita? Lambat atau cepat gelombang yang sama akan tiba jua.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…