Selepas Dyson, Singapura mahu tarik lebih banyak pengeluar EV bertapak di sana

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: Thomson Reuters

Mengikut jejak langkah Dyson Ltd mengumumkan untuk mendirikan fasiliti pemasangan kenderaan elektrik pertama mereka, Singapura kini sedang 'mencari' mana-mana pengeluar EV untuk mengambil langkah yang serupa. 

Singapura kini sedang memperluaskan hubungannya dengan pasaran global menerusi perjanjian perdagangan bebas, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan perlindungan yang ketat terhadap hak intelektual. 

Menurut Chng Kai Fong, pengarah Urusan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, "Kami berharap Dyson bukanlah satu-satunya syarikat EV yang bertapak di sini.

"Kami juga kini aktif mengadakan rundingan dan perbincangan dengan syarikat EV yang lain, idea di sebalik ini adalah untuk mewujudkan satu kelompok EV di Singapura," tambah beliau lagi.

Dengan adanya kewujudan syarikat pengeluar EV bakal mencipta satu skala baharu untuk sektor ekonomi di Singapura, selain mempercepatkan pembangunan teknologi kenderaan swapandu di negara tersebut. 
 


Awal tahun lalu, James Dyson mengumumkan pemindahan ibu pejabat syarikatnya Dyson dari UK ke Singapura bagi merancakkan lagi pertumbuhan syarikat tersebut di Asia. 

Jika dibandingkan dengan beberapa bandar utama dunia, Singapura boleh dikira sebagai salah satu lokasi dengan kos permulaan perniagaan yang sangat mahal. 

Tambahan pula, sebelum ini Singapura pernah dikritik oleh CEO Tesla, Elon Musk atas sebab pendirian kerajaan yang tidak begitu mesra kepada kenderaan elektrik. 

Dengan adanya cukai karbon yang diperkenalkan, ia juga bukanlah satu pilihan bagi beberapa syarikat kerana ia akan meningkatkan kos pengeluaran berbanding negara Asia yang lain. 

Baca: Tiga Sebab Kenapa Dyson Pilih Singapura

Sumber: Japan Times 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…