Selepas Countach, Lamborghini tak mahu bikin supercar retro lagi

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi pada Ogos tahun 2021, Lamborghin Countach LPI 800-4 merupakan model edisi terhad yang dihasilkan sebagai satu penghormatan buat model Countach yang asal dan bersegi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesetengah kita mungkin berpendapat ia sebuah model retro moden yang menarik perhatian, dan ada pihak yang mendakwa ia sebuah model yang dihasilkan berasaskan wang semata-mata.

Baca: Lamborghini Countach LPI 800-4

Biarpun Lamborghini senang-senang berjaya menjual kesemua 112 unit dalam masa empat hari sahaja, pengeluar supercar itu nampaknya tidak merancang untuk mengulangi perkara yang sama.
 

Countach


Bercakap kepada Road & Track, CEO Lamborghini Stephan Winkelmann memberitahu, "Countach merupakan satu eksperimen unik, namun disebabkan kami sebuah jenama yang kecil, kami harus memandang ke hadapan.

"Kami tidak patut bergantung kepada masa lepas dan berfikir bahawa masa lepaslah yang akan membentuk masa depan."

"Jadi cukup sekadar itu sahaja. Kami harus pandang ke depan. Kami sentiasa mempunyai perkara baharu yang akan tiba, jadi kami perlu menumpukan perhatian pada masa depan, bukan pada masa lalu.
 

Sian


Pada ketika ini, Lamborghini sedang fokus kepada langkah elektrifikasi model-modelnya, dimulakan dengan model hibrid produksi bersiri pertamanya pada tahun 2023, diikuti dengan beberapa model hibrid menjelang akhir 2024.

"Pada tahun 2028, kami akan mempunyai kenderaan elektrik pertama kami. Sesuatu yang penting untuk Lamborghini, di mana ia merupakan model pertama dengan rekaan baharu, konsep baharu, dan idea baharu.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga merupakan antara model-model terakhir yang dilengkapi dengan nadi V12 6.5 liter yang…
Berita Global
Sebanyak 112 unit sahaja yang diproduksikan, dan seperti yang dijangka kesemua unit tersebut telah…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, model yang dibangunkan berasaskan Sián dan Aventador itu dijual…