Selepas Axia STYLE, sebuah lagi model STYLE bakal dilancarkan tahun ini?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran Perodua Axia Style, Perodua nampaknya mahu meneruskan usaha menawarkan produk yang serupa pada tahun ini, dan sasaran seterusnya adalah hatchback paling popular, Perodua Myvi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan daripada rakan media Funtasticko, terdapat satu varian baharu yang bakal dibawakan oleh Perodua pada tahun ini iaitu Myvi Style. 

Perodua Myvi Style dijangka akan mengikut pakej ala-ala crossover yang dibawakan oleh Axia Style seperti pemasangan cladding plastik, rim yang berkemungkinan lebih besar serta jarak kelegaan tanah yang sedikit tinggi. 
 


Berdasarkan track record terdahulu, kita semua tahu bahawa Perodua memang cukup pandai berahsia sehinggakan tiada sebarang model ujian pun dilihat menjalar di jalan raya Malaysia ini. 

Jadi, informasi berkenaan varian Myvi baharu ini sememangnya terhad, namun tunggu sahaja informasi lanjut yang akan kami bawakan dalam masa terdekat. 

Sumber gambar: Theophilus Chin

Berita Berkenaan

Pelancaran
    Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-   1.  Axia varian E transmisi…