Selepas 51 tahun, 11 generasi - Toyota ucap selamat jalan kepada Mark X

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 23 Disember 2019 menandakan tarikh tamatnya produksi sedan pacuan roda belakang yang ikonik, iaitu Toyota Mark X dengan unit terakhir yang diproduksikan merupakan sebuah Mark X 250G berwarna putih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini juga turut menandakan tamatnya legasi sedan pacuan roda belakang Mark X selama 51 tahun dan 11 generasi yang diproduksikan di kilang kedua tertua Toyota Motomachi yang terletak di Wilayah Aichi, Jepun.

Di zaman puncak populariti sedan pacuan roda belakang, Toyota berjaya mencatatkan rekod jualan kira-kira 20,000 unit sedan sebulan dan Toyota pada ketika itu menawarkan sehingga 28 variasi termasuklah stail badan, kapasiti enjin dan transmisi untuk pasaran Jepun dan antarabangsa. 

Sehingga pada tahun 1990, generasi dengan kod casis X70 berjaya mengalahkan jualan kereta paling laris dunia, Corolla!
 

Mark II (X70)

Begitu laris sehinggakan produksi sedan tersebut terpaksa mengambil separuh daripada kapasiti penghasilan di kilang Motomachi (3,495,000 unit) dan selebihnya diagih-agihkan kepada Kanto Auto Works, Higashi-Fuji dan Kyushu Miyata). 

Menurut jurucakap Toyota, Toyota berjaya menjual sebanyak 6,518,000 unit Toyota Mark II dan 363,500 unit Mark X, menjadikan jumlah keseluruhan jualan mencecah angka 6,881,500 unit. 

Menurut Pengurus Kilang, Hiroyoshi Ninoyu yang menyertai Toyota pada pertengahan tahun 1980-an memberitahu, beliau lebih menggemari rekaan yang ditawarkan pada Toyota Mark II generasi kelima (X70), walaupun rakan sekeliling menyarankan beliau supaya membeli sebuah Hachiroku (AE86).
 


Sepanjang karier beliau, Ninoyu memberitahu disebabkan populariti sedan tersebut, kilang Motomachi hampir setiap hari terpaksa beroperasi lebih masa bagi memenuhi keperluan pasaran, dan beliau percaya warga kilang Motomachi amat berbangga kerana dapat membina sedan Mark II dan Mark X. 

Namun, pada tahun-tahun akhir sebelum Mark X dihentikan produksi, popularitinya semakin menurun akibat kebangkitan zaman van dan SUV, sehinggakan pada tahun 2017, Toyota hanya mampu menjual sekitar 8,460 unit dan menurun kepada 4,108 unit pada tahun berikutnya.

Ninoyu tidak menafikan situasi tersebut, namun beliau percaya masih terdapat golongan yang mahukan sebuah sedan pacuan roda belakang, dan transmisi manual. 
 

Mark X GRMN

Hal ini dibuktikan dengan model Mark X GRMN yang dihasilkan dalam 100 unit terhad pada tahun 2015 dan 350 unit pada tahun 2019, di mana kedua-dua versi yang dihasilkan habis terjual!

Selepas 55 tahun dan 11 generasi Mark II dan Mark X yang dihasilkan, ini bukanlah pengakhiran buat kilang Motomachi Toyota kerana ia masih lagi digunakan untuk membina model-model lain seperti Crown, model-model Lexus serta kenderaan sel bahan api hidrogen Mirai. 

 


Selamat jalan, Toyota Mark X. 

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Lima puluh tahun berkhidmat sebagai sebuah sports sedan dengan konfigurasi pacuan roda belakang,…