Selepas 11,465 unit dibina, produksi Lamborghini Aventador tamat sepenuhnya

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini baru-baru ini mengumumkan penamatan produksi bagi model supercar Aventador selepas kira-kira 11,465 unit telah dibina sejak produksi bermula pada tahun 2011.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Unit terakhir Aventador yang keluar dari kilang merupakan sebuah Aventador Ultimae Roadster berwarna biru khas yang ditawarkan menerusi divisyen penyesuaian Ad Personam.

Ia bakal diserahkan kepada pemiliknya di Switzerland.
 

V12


Ini merupakan kali kedua Lamborghini menamatkan produksi Aventador selepas pengeluar itu terpaksa memulakan semula pemasangan 15 unit model Ultimae bagi menggantikan unit yang karam bersama-sama kapal kargo Felicity Ace pada awal tahun lalu.

Model Aventador terbukti merupakan model Lamborghini V12 yang popular mengalahkan model-model V12 yang terdahulu.
 

V12


Ketika awal pengenalannya, Aventador dengan enjin V12 6.5 liter itu mampu menjana kuasa setinggi 690 hp dan 690 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat dan kelajuan tertinggi 350 km/j.

Versi Ultimae yang menjadi penutup kepada buku sejarah Aventador diumumkan secara rasmi pada Julai 2021, dengan angka produksi terhad sebanyak 600 unit dan enjin V12 yang mampu menjana kuasa setinggi 769 hp dan 720 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dari segi jualan, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 250,795 unit kenderaan untuk tempoh…
Berita Global
Ini merupakan satu pencapaian penting buat Ford dalam usaha untuk meningkatkan produksi Mustang…
Berita Global
Sudah lebih tiga tahun, kini sebanyak 100,000 unit Porsche Taycan telah berjaya disempurnakan…