Selebriti Vios Challenge sampaikan mesej keselamatan kepada pelajar kolej

oleh DIANA ISMADI|

Beberapa orang selebriti yang bakal berentap dalam perlumbaan Vios Challenge sempena Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) telah turun padang berjumpa dengan pelajar-pelajar Kolej Universiti KDU Penang.

 

Tujuan kunjungan itu diadakan adalah bagi menyampaikan mesej keselamatan jalanraya kepada para pelajar dalam membantu mengurangkan kesan kemalangan jalanraya malah mampu mengelakkan kemalangan jalanraya.

 

Antara selebriti yang terlibat dalam Jelajah “Road Smart, Road Fit” adalah Diana Danielle, Danny Koo, Veneice Min, Geraldine Gan dan Shawn Lee.

 

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy, Jelajah “Road Smart, Road Fit” ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada generasi muda kini.

 

Statistik menunjukkan seramai 7,152 nyawa maut di jalan raya Malaysia pada tahun 2016. Secara puratanya, hampir 19 kematian dalam sehari melibatkan kemalangan jalanraya.

 

Antara penekanan yang diberikan adalah untuk sentiasa memakai tali pinggang keledar, fokus semasa memandu dan jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

 

Pelajar dari kolej KDU juga bakal terlibat dalam Festival Toyota Gazoo Racing di Batu Kawan dengan mengadakan persembahan pentas.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu menyaksikan pelumba veteran Eddie Lew bersama gandingan pelumba muda…
Sukan Bermotor
Ianya sebahagian daripada Malaysia Championship Series (MCS) dan akan terdiri daripada dua…
Sukan Bermotor
Hampir kesemua pelumba muda jelas menunjukkan rentak dalam pemanduan masing-masing bagi menguasai…