Selebriti global yang memang peminat motosikal sejati!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebanyakan selebriti lebih ke arah kenderaan empat roda kerana ia adalah pilihan lazim untuk ramai. 

Malah, kebanyakan penulis automotif dunia dan tempatan juga sebenarnya tidak tahu menunggang motosikal atau takut untuk menunggang.

Di sini kami senaraikan selebriti terkenal dunia yang memang mempunyai minat mendalam terhadap motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Justin Timberlake
Dia mungkin bukan diminati oleh semua tetapi Timberlake memang mempunyai koleksi motosikal peribadi yang banyak.
Antaranya ialah Harley-Davidson kustom yang sering ditunggang oleh selebriti itu.

Richard Hammond
Bekas hos program TV automotif nombor satu dunia, TopGear juga mempunyai minat yang mendalam pada motosikal.
Beliau mempunyai koleksi motosikal modern dan klasik, dan ada antaranya cukup "rare".
Hammond juga sering diberikan "tugasan" untuk menunggang motosikal di dalam siri TopGear dan juga Grand Tour.

 

David Beckham
Pemain bolasepak ini sebenarnya mempunyai banyak motosikal, terutama dari jenama Triumph dan Harley-Davidson.
Beliau juga pernah tampil dengan motosikal T100 Bonneville di dalam dokumentari BBC, Into The Unknown di mana beliau menunggang Triumph itu di kawasan Amazon, Brazil!

Bradley Cooper
Terkenal dalam filem A Star Is Born, The Hangover dan Guardians of the Galaxy, Cooper ialah peminat setia motosikal Triumph Bonneville.
Namun begitu, beliau juga pernah dilihat menunggang motosikal lain seperti KTM dan sebagainya.

Olivia Munn
Aktres dari US ini pernah berlakin di dalam filem X-Men: Apocalypse dan The Predator.
Pada mulanya, beliau takut untuk menunggang di kawasan bandar tetapi alah bisa tegal biasa, Munn kini dilihat sering menunggang di jalan-jalan awam!

Tom Cruise
Jika anda beranggapan Cruise hanya menunggang untuk filem Mission Impossible atau Top Gun, anda silap.
Pelakon kacak yang enggan tua ini sebenarnya mula meminati motosikal sejak kanak-kanak lagi dan beliau mempunyai koleksi motosikal yang besar.
Antara yang "rare" ialah Vyrus 987 C3 V4.

 

 

Alanis Morissette
Penyanyi ini sering kelihatan memandu kereta di dalam video-video muziknya tetapi Morissette sebenarnya lebih gemar menunggang motosikal.
Beliau kerap dilihat di sekitar banda Los Angeles menunggang pelbagai motosikal, termasuk sebuah Ducati S4RS.
Sebenarnya, Cik Morisette adalah peminat jenama Ducati!

Ryan Reynolds
Pelakon kelahiran Kanada ini memang cukup popular sekarang kerana watak selamba beruk dan skrip komedi bersahaja beliau.
Reynolds juga adalah peminat setia motosikal genre cafe-racer dan mempunyai beberapa buah motosikal Triumph yang kustom dan juga motosikal-motosikal kustom khusus dibina untuknya.

 

 

Keanu Reeves
Rasanya satu dunia sudah tahu bahawa pelakon The Matrix yang terkenal kerana sikapnya yang suka merendah diri dan membantu orang itu cukup menggilai motosikal sehingga sanggup melabur untuk membuka syarikat motosikal jenamanya sendiri.
Arch Motorcycle ditubuhkan dalam tahun 2011 dan ia telah menghasilkan beberapa model yang dinobatkan sebagai motosikal paling "cool" di dunia.
Careta juga pernah melihat Arch Motorcycle di Malaysia, di mana ia disimpan sebagai koleksi peminat motosikal tempatan.
Menarik bukan? 
Bayangkan jika Zizan menghasilkan jenama motosikalnya sendiri!

Ryan Gosling
Minat Gosling kepada dunia automotif memang sudah sedia maklum oleh ramai tetapi aktor Hollywood ini cukup suka menunggang, sehinggakan banyak aksi-aksi menunggang untuk filemnya dilakukan oleh Gosling sendiri!

 

 

Christian Bale
Encik Batman ini memang gemar menunggang motosikal tetapi isterinya meminta beliau menghentikan aktiviti itu selepas melahirkan anak perempuan mereka.
Bale kemudian masih terus menunggang tetapi terbatas di litar perlumbaan sahaja.
Sayangnya, beliau mengalami satu kemalangan kecil dalam tahun 2012 ketika menunggang di litar motocross dan sejak hari itu, Batman ini pencen menunggang.

Orlando Bloom
Bloom adalah peminat setia motosikal jenama BMW dan mempunyai koleksi BMW lama dan baharu.
Beliau juga mempunyai sebuah superbike S1000R yang ditukar menjadi sebuah cafe-racer.
Bloom juga suka menunggang motosikal bersama anjingnya yang akur duduk diam di dalam sebuah beg sandang.
Menarik bukan?

Mungkin penulis juga perlu cuba memujuk kucing-kucingnya untuk sama menunggang motosikal.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang jam 5.30 petang itu turut…
Berita Global
Menurut laporan AOL Cars UK, Range Rover yang sudah menjalani penalaan khas bernilai £ 100,000 (…
Berita Domestik
Siri jelajah perlumbaan Toyota Gazoo Racing bermula lagi dan pusingan kali ini akan berlangsung di…