Selangor setuju tambah peruntukan RM21.1 juta baiki cerun runtuh Batang Kali

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun berikutan hasil laporan bencana tanah runtuh Batang Kali yang dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan khas berhubung keputusan terkini kerajaan negeri hari ini berkata penambahan peruntukan bagi pembaikan cerun itu adalah hasil cadangan daripada Jabatan Kerja Raya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Katanya, garis panduan berhubung aktiviti perniagaan serta tapak perkemahan akan diusaha sama antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan keselamatan warga Selangor yang menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut.

 

Media sebelum ini melaporkan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Dis 2022 itu melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter (m) dan setinggi 70m di laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Hulu Selangor.

 

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kerja-kerja pengukuhan tebing di kawasan di Bukit Permai Fasa 2 di Ampang, dekat sini sedang dilaksanakan sementara menanti laporan penuh analisis daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat siap.

 

Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, dekat sini pada Mac 2022 telah mengorbankan empat penduduk dan seorang mengalami cedera ringgan.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dua jentera yang dimaksudkan itu adalah jenis PC 210 LC-10M yang dimiliki 91 Rejimen Askar Jurutera…
Berita Domestik
Penutupan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh di seksyen 14, Laluan B66 di…