Selangor pinjamkan 20 bas bantu operasi RapidKL

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan - orang ramai sesak menanti bas pengantara
Kerajaan Selangor akan meminjamkan 20 bas Smart Selangor bermula Khamis bagi membantu RapidKL mengatasi masalah gangguan operasi beberapa Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang rosak pada Selasa.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia berikutan jumlah bas yang tidak mencukupi untuk mengangkut pengguna LRT sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han akan terlibat dalam perbincangan dengan pihak RapidKL untuk mengaturkan perkara tersebut.

 

Koordinasi bas-bas berkenaan akan diselaraskan dengan RapidKL untuk mengelakkan pertindanan perjalanan bas sedia ada yang akan diletakkan di sebahagian daripada 160 laluan bas.

 

"Perkara ini penting kerana sebahagian bas sedia ada mempunyai laluan tersendiri, penyelerasan ini akan membantu dari segi kelancaran dan penggunaan perkhidmatan sebaik mungkin," katanya.

 

Perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung selama tujuh hari bermula jam 6 pagi Selasa selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

 

MalaysiaGazette

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…
Informasi
Menurut beliau, usia sesuatu jalan raya itu kebiasaannya hanya mampu bertahan antara 20 hingga 25…
Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…