Selangor mahu bina litar lumba

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk membina sebuah litar lumba untuk menganjurkan acara-acara permotoran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut Menteri Besar Amirudin Shari, lokasi litar tersebut ialah di kawasan Sungai Tua, Gombak dan kerajaan negeri akan menyediakan tanah seluas 20 ekar untuk projek tersebut.

Litar lumba ini akan dibina menggunakan konsep perkongsian awam-swasta (Public-Private Partnership atau PPP).

"Litar ini akan mempunyai kapasiti 1,000 orang penonton dan dilengkapi dengan paddock, kafeteria, surau dan gerai jualan," ujar Amirudin ketika membentangkan Belanjawan 2019 Selangor di persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

 

 

Amirudin mengaku bahawa cadangan itu disuarakan oleh Hafizh Syahrin Abdullah, anak Selangor yang juga menjadi pelumba MotoGP negara.

Liar tersebut akan dibina mengikut speisfikasi yang akan diberikan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM) agar diiktiraf untuk kegunaan kejuaraan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

"Untuk memaksimakan penggunaan litar ini, ia juga boleh dijadikan litar latihan pemanduan bagi jabatan kerajaan seperti JPJ, polis dan bomba," sambungnya lagi.

Careta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan menyokong penuh hasrat pembinaan litar tersebut.

Diharapkan agar negeri-negeri lain mencontohi perancangan negeri Selangor ini kerana sukan permotoran tidak akan berkembang jika tiada litar. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…
Informasi
Menurut beliau, usia sesuatu jalan raya itu kebiasaannya hanya mampu bertahan antara 20 hingga 25…
Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…