Selamat Ulang Tahun Ke-60 MINI! Jenama kereta ikonik

oleh Muhammad Md Tajudin|
MINI adalah satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. MINI direka oleh Alec Issigonis dan dilancarkan pada tahun 1959. Jenama yang dilahirkan di England itu merentasi zaman dan masih mempunyai peminat tegar sehingga hari ini.

MINI generasi pertama dikeluarkan di Oxford sehingga 1968 sebelum berpindah ke Longbridge sehingga Oktober 2000. Berapakah jualan MINI? Di antara tahun 1959 sehingga 2000 lebih daripada MINI klasik berjaya dikeluarkan!

Tahun ini MINI menyambut ulang tahun ke-60 dan lebih manis apabila jumlah pengeluaran sejak 1959 telah pun mencecah sepuluh juta unit. 

Sempena momen istimewa tersebut, sebuah model istimewa iaitu MINI 60 Years Anniversary Edition dikeluarkan pada 24 Julai 2019 di kilang Oxford dan terdapat sambutan bagi meraikannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

MINI

 

MINI juga telah berjaya mengatur program istimewa dengan menghimpunkan 60 pemilik 60 buah kereta dengan setiap satu daripada setiap tahun pengeluaran. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri dengan milikan mereka.

Kesemua pemilik berhimpun di kilang Oxford sebelum ke perjumpaan MINI antarabangsa (MINI Meeting) di Bristol yang merupakan acara tahunan untuk peminat MINI serata dunia.

Bintang istimewa untuk acara ini ialah MINI 621 AOK iaitu unit pertama MINI yang dibina bagi mengetuai konvoi dan diakhiri dengan unit ke-10 juta. 

 

MINI

 

Meskipun MINI sudah bertukar tangan dan dimiliki oleh BMW sejak 2001, prestasi jualan jenama ikonik ini berkembang baik dan tahun lalu sahaja hampir 400,000 unit terjual di 110 buah negara serata dunia.

BMW Group juga melabur dengan jumlah tinggi, sejak 2000 lebih daripada £2 bilion dikeluarkan untuk kilang pengeluaran di United Kingdom. MINI mempunyai tiga lokasi pengeluaran iaitu di Hams Hall untuk enjin, Swindon untuk komponen badan dan kesemuanya di bawa ke Ofxord untuk pengeluaran badan, cat dan pemasangan akhir.

Pengeluaran sehari di Oxford telah berkembang daripada 300 unit sehari pada 2001 sehingga 1,000 unit pada hari ini. Kilang Oxford mempunyai 4,500 tenaga kerja dan mengeluarkan sebuah MINI setiap 67 saat.

 

MINI

 

Model yang dikeluarkan di Oxford ialah MINI Hatch tiga dan lima pintu dan MINI Clubman. Hampir 80 peratus yang dikeluarkan di kilang itu adalah untuk pasaran eksport. MINI Convertible yang baru dilancarkan di negara kita dan Countryman pula dikeluarkan di Belanda.

Pada November 2019, sekali lagi sejarah akan terukir apabila MINI Electric dikeluarkan di Oxford dan bila mengimbas kembali MINI pertama dikeluarkan dengan konsep dan saiz ringkas, MINI sememangnya telah jauh maju ke depan.

Kepada peminat model berprestasi, MINI sedang membangunkan John Cooper Works GP, kuasanya lebih daripada 300 hp!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MINI

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…