Selamat tinggal Yamaha, RNF Racing kini jadi pasukan satelit Aprilia

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan di bawah kendalian Datuk Razlan Razali, RNF Racing sah berpisah dengan pasukan Yamaha dan kini menjadi pasukan satelit kepada Aprilia bermula musim 2023.

Perkembangan ini sekaligus menjadi satu pencapaian baharu di dalam sejarah MotoGP apabila Aprilia mempunyai sebuah pasukan satelit dan bakal menampilkan sehingga empat jentera RS-GP di atas litar.

Sementara itu, pasukan RNF Racing masih lagi mengekalkan prinsip untuk menjadi platform pembangunan pelumba sebelum mereka dipindahkan ke pasukan induk Aprilia Racing.

Menurut Datuk Razlan Razali, "kami amat teruja dengan kerjasama jangka panjang bersama Aprilia Racing.

"Falsafah kami masih lagi kekal untuk bekerjasama dengan pasukan pengilang bagi membangunkan pelumba sebelum mereka menjadi pelumba utama pasukan Aprilia.

"Saya harus berterima kasih kepada Massimo Rivola (CEO Aprilia Racing) atas kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap kami, di mana kertas kerja yang dikemukakan itu selari dengan pelan, strategi dan sekuriti untuk tempoh dua tahun akan datang.

Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…
Berita Global
Menurut CEO BMW M, Frank van Meel berkata, "tiada tempat yang lebih sesuai untuk menyambut ulang…
Informasi
  Malah katanya, berita ini pastinya akan membantu menarik semula kehadiran orang ramai bagi…