Selamat tinggal V8, generasi baharu C 63 AMG bakal guna nadi empat silinder M139

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat dan juga pencinta kuasa tegar AMG, anda kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada nadi V8 4.0 liter turbo berkembar yang menduduki perut C 63 AMG.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana menurut boss besar Mercedes-AMG, Tobias Moers mengesahkan bahawa unit enjin generasi baharu 2.0 liter empat silinder sebaris yang digunakan oleh A 45 dan CLA 45 boleh digunakan pada model-model yang lebih besar. 

Melihatkan kepada trend penurunan kapasiti enjin (downsizing) serta penggunaan sistem hibrid pada kereta berprestasi tinggi, tidak mustahil jentera generasi terbaharu C 63 akan menggunapakai sistem yang serupa bagi menghasilkan kuasa yang setanding dengan V8 turbo berkembar. 

 


Menurut laporan daripada Autocar, generasi baharu C 63 akan menerima nadi empat silinder M139 2.0 liter M139 yang mana dalam keadaan standard menghasilkan 416 kuasa kuda dan 500 Nm.

Kuasa tersebut akan digandingkan dengan sistem hibrid motor elektrik berkuasa 48V yang pernah ditampilkan pada CLS 53, di mana sistem tunggal ini sahaja mampu menjana kuasa tambahan 22 hp dan 250 Nm.

Namun, Mercedes-AMG sudah pasti akan menala kembali sistem ini bagi menaikkan kuasa yang setanding dengan tiga aksara ini (C 63). 

Meskipun kekurangan empat silinder berbanding model asal, model generasi baharu C 63 dikatakan mampu menghasilkan 503 kuasa kuda dan 750 Nm!

Diharapkan anda bersabar menantikan kehadiran generasi baharu C 63 ini kerana model standard C-Class dikatakan akan muncul pada acara Paris Motor Show tahun hadapan. 

Baca: Nadi empat silinder generasi baharu M139

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…