Selamat tinggal transmisi manual - Audi A4 Ultra Sport sebagai model terakhir di Amerika dengan transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Bagi meraikan para peminat yang masih setia kepada transmisi manual, Audi menawarkan A4 Ultra Sport edisi terhad sebagai model terakhir yang menggunapakai tradisi tiga pedal kaki tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Audi Club of North America, sebanyak 40 unit Audi A4 Ultra Sport bertransmisi manual dengan enam nisbah kelajuan akan dihasilkan dan harga jualan bermula dari $43,700 (RM180k). 

 


Para pembeli juga akan ditawarkan pakej tambahan Ultra Sport yang bernilai $6,800 (RM28k) yang merangkumi aksesori tambahan dan juga naik taraf prestasi kuasa. 


Pada bahagian luar, A4 Ultra Sport hanya akan ditawarkan warna Quantum Gray, rim lima batang sebesar 19 inci yang turut dihiasi kemasan matte titanium, pelindung cermin sisi gentian karbon, spoiler belakang daripada gentian karbon, serta kit badan luaran bergaya berwarna hitam Titanium. 
 


Sementara itu pada bahagian dalaman pula, ia menampilkan tempat duduk sports kemasan Alcantara dan kulit, kemasan gentian karbon dan pedal diperbuat daripada bahan kalis karat manakala pemandu pula akan disambut dengan penggunaan roda stereng bawah rata.

Pakej naik taraf prestasi pula hanya bersifat kecil melibatkan penggunaan suspensi sport adaptif serta sistem stereng dinamik dan ianya tidak melibatkan naik taraf kuasa secara terus. 
 


Ini bermakna, pengguna masih mendapat kuasa setinggi 252 hp dan daya kilas sebesar 369 Nm daripada enjin empat silinder 2.0 liter berkuasa turbo, dengan kuasa pecutan sepantas 5.7 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi 209 km/j. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…