Selamat tinggal Lexus GS?

oleh SALINA JALIL|
Lexus mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan keseluruhan barisan GS, termasuk sedan prestasi GS F (467 tenaga kuda), setelah pengeluarannya berakhir pada bulan Ogos ini.


Ini bermakna Lexus terbaharu GS 350 F Sport Black Line Special Edition yang dikeluarkan baru-baru ini sebanyak 200 unit merupakan barisan GS yang terakhir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Keputusan ini turut mengikut keputusan jenama tersebut pada tahun lalu untuk tidak menawarkan GS 300 di Amerika Syarikat pada tahun ini (2020).

 

Lexus berkata, "Kami sentiasa menilai model campuran di barisan kami. Dalam segmen sedan ia menunjukan angka yang menurun dan rendah, keluarga GS mewakili sejumlah kecil penjualan dalam beberapa tahun terakhir."

 

Kali pertama Lexus melancarkan barisan GS adalah pada tahun 1993. 


Khabar angin tentang penghentian produksi model ini telah berlanjutan selama bertahun-tahun. Lexus mempunyai rangkaian model yang merangkumi enam sedan, coupe, crossover dan SUV.

 

Tahun lalu, GS mewakili hanya 4 peratus dari keseluruhan penjualan Lexus untuk segmen kereta.

 

Sejak tiga bulan pertama pada tahun ini, Lexus hanya menjual sebanyak 624 sedan GS, penurunan lebih dari 34 peratus.

 

Jualan tahunan tahun lalu (2019) menunjukan penurunan sebanyak 48.8 peratus, dengan angka jualan hanya 3,378 unit. 


Model ini telah menyaksikan tahun penjualan terbaik pada tahun 2015, di mana angka jualannya adalah sebanyak 23,117 unit.

 

lexus gs
GS 350 F Sport Black Line Special Edition

 

 

sumber: autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…