Selamat tinggal Hayabusa - Suzuki hentikan produksi Hayabusa!

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan motosikal terpantas di dunia tidak menepati peraturan pelepasan emisi Euro 4 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, ia hanya boleh dijual kepada pasaran global sehingga 31 Disember 2018, termasuk di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu, Suzuki telah menghentikan produksi Suzuki Hayabusa dan saki baki model yang masih ada akan dijual pada tahun hadapan. 

Bagi peminat Hayabusa, usah risau kerana Hayabusa tidaklah terhenti setakat generasi yang ada. 

Dikhabarkan Suzuki telah memperbaharui tanda dagangan untuk nama "Hayabusa" yang menunjukkan kemungkinan Hayabusa bakal menerima penggantinya yang lebih canggih, lebih pantas dan lebih kuat.


 


Apa yang pasti, Suzuki pasti mahukan pengganti Hayabusa ini lebih pantas daripada motosikal pantas sedia ada seperti Kawasaki ZX-14 ataupun H2 yang lebih perkasa. 

Seperti biasa, oleh kerana masih terlalu awal, tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan bila model pengganti ini bakal menjengah pasaran. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka juga turut memaklumkan tempahan sudah pun dibuka namun jumlah sebenar Hayabusa 25th…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, motosikal ini sudah pun berada di dunia sejak 25 tahun yang lalu,…
Berita Global
Apa yang terkandung di dalam pek aksesori Performance Hayabusa?     Komponen paling utama ialah…