Menggunakan keselamatan sebagai alasan utama, kamera sisi pada Lexus ES ini khas untuk pasaran Jepun sahaja sekarang.
Cermin sisi diganti dengan kamera dalam bentuk yang lebih aerodinamik dan imej akan dipaparkan di skrin pada setiap penjuru.
Lensa kamera ini juga masih akan berfungsi walaupun semasa hujan dan bersalji. Ia juga mengurangkan kadar bunyi kerana kamera lebih kecil dari cermin sisi dan ia tidak menghalang penglihatan pemandu keluar dari tingkap tepi.
Cuma penulis risau, adakah ia tahan dilanggar hendal motosikal semasa di laluan sesak?