Bagi Volvo, perkataan “Selamat” bukan sekadar ucapan musim perayaan, tetapi juga melambangkan komitmen jenama itu terhadap keselamatan pemandu dan penumpang. Sama ada meredah kesesakan bandar atau memulakan perjalanan jauh merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman, Volvo mahu memastikan setiap perjalanan dilakukan dengan lebih selamat, bergaya dan berbaloi.
Rebat menarik sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan masa terhad ini, pelanggan boleh menaik taraf kenderaan mereka kepada rangkaian model Volvo terpilih dengan ganjaran tukar beli sehingga RM60,000.
Antara model yang terlibat termasuk:
• Volvo EX30 – rebat sehingga RM33,888. SUV elektrik sepenuhnya paling kompak Volvo yang menawarkan prestasi mantap bersama teknologi Safe Space generasi baharu dalam reka bentuk Scandinavia yang sesuai untuk pemanduan bandar.

• Volvo EC40 – rebat sehingga RM40,888. Model crossover elektrik sepenuhnya dengan siluet fastback yang sporty serta pengalaman pemanduan sifar emisi.

• Volvo XC60 – rebat sehingga RM54,800. SUV saiz sederhana yang juga model Volvo paling laris sepanjang zaman, menawarkan keselesaan premium, sistem hibrid cekap serta integrasi Google terbina dalam.

• Volvo XC90 – rebat RM60,000 untuk model tahun 2024 dan sehingga RM40,500 bagi XC90 baharu. SUV tujuh tempat duduk ini terkenal dengan tahap keselamatan tinggi, ruang kabin luas serta keselesaan untuk perjalanan jauh bersama keluarga.

• Volvo EX90 – rebat sehingga RM30,000. SUV elektrik flagship Volvo yang dilengkapi komputer teras serta sistem sensor 360 darjah bagi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan.

Volvo ES90 kini tersedia untuk tempahan awal
Turut dipamerkan sepanjang acara ini ialah Volvo ES90 baharu yang kini tersedia untuk pandu uji serta tontonan di semua pengedar sah Volvo di Malaysia.
Model sedan elektrik tersebut ditawarkan pada harga bermula RM339,888, dengan insentif tempahan awal sebanyak 2 peratus bagi pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Mac 2026.

Kerjasama dengan Carro untuk proses tukar beli
Bagi memudahkan pelanggan menukar kenderaan sedia ada, Volvo turut bekerjasama dengan platform jual beli kereta terpakai Carro sebagai rakan rasmi acara ini.
Pasukan pakar Carro akan berada di lokasi untuk memberikan penilaian harga tukar beli secara telus dan serta-merta, sekali gus memudahkan proses menaik taraf kepada model Volvo baharu tanpa kerumitan menjual kereta lama.
Acara “Selamat Raya Bersama Volvo” ini berlangsung pada 7 hingga 8 Mac 2026 di semua bilik pameran Volvo di seluruh negara. Pelanggan yang ingin menaik taraf kenderaan mereka menjelang musim balik kampung disarankan untuk mengunjungi pengedar Volvo terdekat sepanjang hujung minggu tersebut.