Selamat kembali VW Touareg - SUV besar dari Jerman!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila anda menguasai pasaran dunia dan mempunyai sejumlah jenama kenderaan di bawah satu kumpulan, menghasilkan sesebuah model nampak begitu mudah.

Siapa yang tidak kenal dengan Volkswagen, gergasi dalam dunia automotif. 

Syarikat Jerman ini mempunyai pelbagai sumber sama ada dari segi kepakaran mahu pun kewangan. Lebih seronok apabila hasil kejuruteraan boleh dikongsi pula dengan jenama lain di bawah satu kumpulan.

Ini apa yang dikatakan sebagai skala ekonomi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

VW Touareg R Line

 

Sejak kebelakangan ini VW semakin rancak memperkenalkan model-model baharu dan ini pula Tuan dan Puan yang dihormati sekalian, SUV paling besar dari VW, tidak lain tidak bukan ialah Touareg.

Menurut Auto Express, Touareg dibangun berasaskan platform MLB yang sebelum ini digunakan untuk Audi Q7 dan Bentley Bentayga.

Untuk pasaran tempatan, Touareg generasi pertama boleh dibeli di bilik pameran rasmi VW dan setelah berapa ketika ia dihentikan dengan hanya Tiguan sebagai SUV tunggal. Touareg generasi kedua 

Touareg generasi kedua dilancarkan pada tahun 2010 di Jerman dan kemudian di China.

 

VW Touareg

 

Memandangkan China kini pasaran utama dunia dan terbesar buat VW, Touareg generasi ketiga bakal dilancarkan di sana.

Touareg juga paling laris di China dan disusuli oleh Eropah dan Rusia.

Touareg terbaru ini adalah model flagship buat VW dan berada dalam segmen premium. Jualan keseluruhan global dua generasi sebelum ini telah hampir kepada satu juta unit.

Dari segi ukuran, Touareg baharu ini lebih lebar dan panjang. Ukuran baharu itu memberikan ruang yang lebih seperti kapasiti barangan meningkat dari 697 liter kepada 810 liter.

Satu lagi keistimewaan Touareg ialah walaupun lebih besar, beratnya 106 kg lebih ringan susulan penggunaan campuran binaan material seperti 48 peratus aluminium dan 52 peratus besi berteknologi tinggi.

 

VW Touareg R Line

 

Buat permulaan Touareg pasaran United Kingdom ditawarkan dengan hanya enjin tunggal 3.0 liter V6 diesel turbo berkuasa 282 hp yang dipadankan bersama sistem pacuan kesemua roda 4MOTION dan transmisi lapan kelajuan automatik.

VW kini benar-benar serius dalam memasarkan famili SUV, bermula dari T-Roc, Tiguan, Tiguan Allspace (Eropah) dan Tiguan L (China), Atlas (AS) Teramont (China) dan kini Touareg.

Itu belum habis, ada lagi dua yang belum dilancarkan iaitu T-Cross dan SUV elektrik pertama VW I.D. CROZZ pada tahun 2020.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Habeck, yang juga naib canselor Jerman, membuat komen itu sebagai menjawab soalan mengenai ancaman…
Berita Global
Konglomerat yang berpangkalan di Jerman itu dilapor sedang mempertimbangkan dua penutupan kilang di…
Berita Domestik
Acara perhimpunan itu akan belangsung pada 24 Ogos 2024 di Litar Antarabangsa Sepang dan terdapat…