Selamat kembali Suzuki, Swift Sport dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
Model ikonik Suzuki Swift Sport telah kembali ke Malaysia! Sebentar tadi majlis sulung pelancaran rasmi pertama Suzuki Cars generasi baharu di Malaysia di bawah pengedar barunya - Naza Eastern Motors Sdn Bhd.


"Kami sangat gembira untuk memulakan pengenalan semula Suzuki di Malaysia dengan hot-hatchback yang sangat popular yang memenangi hati banyak peminat pada masa lalu.


Kami percaya bahawa model ini dapat memikat peminat sekali lagi dari gaya agresifnya, pemanduan serba baharu dan pengendalian yang responsif. " kata Dato Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Automotive Corporation Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Swift Sport generasi baharu diimport sepenuhnya dari Jepun, dan senarai menunggu dijangka akan mengambil masa selama dua-bulan. Model CBU ini juga didatangkan dalam jumlah terhad.

 

engine bay

 


Spesifikasi Swift Sport ini adalah seperti berikut:

- enjin petrol turbo 1.4 liter Boosterjet
- transmisi 6-kelajuan automatik 
- kadar kuasa kuda 140 hp 
- tork maksima 230 Nm bermula 2,500 hingga 3,500 rpm
- kadar pecutan 0-100km/j dalam masa 8 saat
- kelajuan maksima 205km/j


Di bahagian luar, Suzuki Swift Sport mengekalkan bentuk ikonik tetapi kini dilengkapi dengan gril "honeycomb" dengan kemasan gentian karbon yang melingkari keseluruhan kereta. 

 

 

 

Ia juga diberikan lampu depan dari jenis projektor LED dan lampu DRL yang selari. 

 

headlight

 

 

Di ruang kabin Suzuki Swift Sport ini pula, tempat duduk barisan cuma dari jenis fabrik dengan benang merah dan logo "Sport" terpampang di bahagian bawah penyandar kepala.

 

headrest

 


Ruang hiburan pula, Suzuki Swift Sport ini diberikan skrin sentuh 7inci dan boleh dipadankan bersama Apple CarPlay sahaja (tiada android auto).

 

dashboard

 

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu Champion Yellow, Pearl Pure White, Speedy Blue Metallic, dan Burning Red Pearl Metallic.  

 

Buat masa ini, tiada informasi yang diberikan tentang ciri-ciri keselamatan.


Kepada yang berminat untuk melihat sendiri atau memandu uji, sila hubungi talian 03-7952 7017 atau layari laman web Suzuki Malaysia di www.suzukimalaysia.com untuk maklumat lebih lanjut.

 

seat depan


Satu-satunya bilik pameran Suzuki 3S yang pertama ini terletak di Naza Automall, Petaling Jaya.


Naza Eastern Motors Sdn Bhd juga merasmikan Pusat Servis Suzuki pertama mereka yang terletak di sekitar Naza Automall. 

 

Harga jentera comel tapi ganas ini bermula dari RM139,900 (tanpa insurans) dan akan berakhir pada 30 Jun 2021 (kenaikan harga setelah SST tamat).

 

 

rear light

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan perjanjian itu telah diwakili oleh Pengerusi Eksekutif KMSB Motors, Ahmad Faez…
Berita Global
CJPT ditubuhkan pada April 2021 dengan tujuan mempercepatkan pelaksanaan dan mempopularkan…
Berita Domestik
    SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi/Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings…