Selamat jalan Kia Stinger, produksi ditamatkan April 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sedan empat pintu pacuan roda belakang Kia Stinger sporti itu banyak mendapat pujian, namun sayang angka jualan dalam dunia sebenar tidaklah selaris yang dijangka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di negara asal, Auto Times melaporkan Kia akan menamatkan produksi sedan Stinger ini pada April 2023, disebabkan permintaan yang kurang memberangsangkan.

Sepanjang tahun ini hingga bulan September, hanya 1,499 unit sahaja Kia Stinger yang berjaya dijual, menjadikannya model dengan prestasi jualan yang paling perlahan di pasaran domestik.

Kia tidak merancang untuk memperkenalkan model pengganti bagi Stinger, namun menurut pereka Karim Habib, Kia EV6 GT dilihat mampu untuk menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Stinger.

Namun begitu, laman web yang sama turut mencadangkan Kia akan menghasilkan sebuah sedan berkuasa elektrik yang akan menggantikan Stinger pada tahun 2025.

Baca: Kia Stinger Scorpion Edition

Baca: Kia Stinger bakal ditamatkan produksi selepas 2022

Baca: Warga US salah guna dana COVID, beli Kia Stinger!

Sumber: Auto Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…