Selamat jalan Kia Stinger: Edisi terhad Tribute Edition dilancarkan, 1000 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kia bakal menamatkan produksi sedan pacuan roda belakang Stinger yang popular tapi tidak laku itu dengan model edisi khas Tribute Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan setiap satu akan didatangkan dengan layangan warna cat unik, kemasan ruang kabin yang istimewa dan plet ambang pintu yang bernombor.
 

St


Pembeli boleh mendapatkan warna baharu Moonscape matte grey yang dipadankan dengan rim hitam bersaiz 19 inci, serta angkup brek Brembo juga berwarna hitam.

Kemasan ruang kabin pula terdiri daripada upholsteri kulit perang Terracotta, serta kemasan ala gentian karbon pada konsol dan panel pintu.
 

Kia


Sayang sekali, Kia Stinger Tribute Edition tidak didatangkan dengan naiktaraf kuasa, bermakna enjin 3.3 liter turbo berkembar bentangan V6 itu hanya mampu menjana kuasa setinggi 365 hp dan 510 Nm dengan pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.9 saat.

Kia tidak mendedahkan bilakah unit terakhir Stinger ini akan keluar dari barisan produksi, serta harga jualan yang bakal diumumkan kelak.

Yang pasti, peranan yang ditinggalkan oleh Kia Stinger selepas ini akan digantikan secara tidak langsung oleh sebuah model elektrik Kia EV6 GT.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Di negara asal, Auto Times melaporkan Kia akan menamatkan produksi sedan Stinger ini pada April…