Selamat jalan Ioniq - model original Hyundai Ioniq tamat produksi bulan depan

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai dilapor akan menamatkan produksi bagi siri Hyundai Ioniq yang asal pada Julai 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini bermakna, kilang Ulsan di Korea Selatan tidak lagi akan memasang model-model Ioniq Hybrid, Ioniq Plug-in Hybrid dan Ioniq EV, disebabkan oleh perubahan permintaan pelanggan di dalam segmen automotif.

Ketika ia mula diperkenalkan pada tahun 2016, Hyundai Ioniq menjadi model kereta pertama di dunia yang dibangunkan dengan tiga pilihan trenkuasa, tanpa kehadiran model berenjin pembakaran dalaman (ICE) tulen.

Pada mulanya, Ioniq diperkenalkan dalam versi hibrid yang menampilkan enjin 1.6 liter kitaran Atkinson dan motor elektrik dengan kuasa gandingan setinggi 137 hp, dipadankan dengan pek bateri 1.56 kWh.
 

Ioniq


Versi elektrik bateri muncul pada pertengahan 2010 di mana trenkuasa motor elektrik tunggal itu mampu menjana 120 hp dan 295 Nm, serta pek bateri 28 kWh yang mampu membenarkan jarak operasi sejauh 200 km.

Ioniq EV kemudian menerima versi naiktaraf di mana motor elektrik tunggal itu berupaya menjana kuasa setinggi 134 hp, serta pek bateri berkapasiti 38.3 kWh yang mampu mencecah jarak 310 km (mengikut data WLTP).

Hyundai memperkenalkan varian plug-in hybrid pada tahun 2017, di mana bateri 1.56 kWh itu telah dibuang dan digantikan dengan bateri 8.9 kWh yang membolehkan jarak sifar emisi sejauh 47 km atau jarak operasi gandingan sehingga 967 km untuk setangki minyak penuh!

Sehingga Januari 2021, Hyundai telah pun berjaya menjual sebanyak 325,500 unit Ioniq, termasuklah 77,972 Ioniq EV di mana 47 peratus daripada jualan varian elektrik sepenuh masa itu datangnya dari benua Eropah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang lebih menarik ialah, Hyundai menang dua kali berturut-turut selepas IONIQ 5 menjulang…
Berita Global
Kelibat model ujian Ioniq 5 N telah pun dikesan melata atas jalan raya, dan walaupun ia sarat…
Berita Domestik
Pakej eksklusif tersebut merangkumi penawaran diskaun khas sehingga 25 peratus untuk alat ganti…