Selamat datang Lamborghini Aventador SVJ - pemecah rekod terpantas di Litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa gambar acah yang tersebar serta video penguasaan supercar ini mengelilingi litar Nurburgring dalam masa terpantas, akhirnya Lamborghini Aventador SVJ (Superveloce Jota) memunculkan diri secara rasmi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rekaan luaran Aventador SVJ ini merupakan antara yang paling ektrem pernah wujud pada sebuah Lamborghini dengan mengambil inspirasi daripada kapal angkasa sehinggalah kepada jet pejuang, menawarkan ciri aerodinamik yang paling berkesan sehingga menambah hampir 70% lebih daya turun (downforce) kepada sebuah model standard SV.

 
 


Bahagian bumper hadapan menampilkan sirip sisi serba baharu dan digandingkan dengan splitter yang cukup besar. 

Corong aliran udara tiga dimensi berkembar pada bahagian bonet hadapan pula membantu mengalirkan udara dengan lebih berkesan kepada bahagian yang sepatutnya ketika kelajuan yang tinggi. 
 


Lamborghini Aventador SVJ juga turut menampilkan sistem aero aktif digelar Lamborghini Dinamica Veicolo Attiva 2.0 yang terdiri daripada beberapa buah flap bertindak secara pantas di dalam masa setengah saat untuk mengurangkan tekanan udara pada bahagian bawah kenderaan, dan mengalirkannya ke arah vortex generator dan spoiler belakang mengikut arah kereta membelok. 

Casis SVJ ini telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan, terima kasih kepada penggunaan bar anti-oleng yang kukuh lebih 50%, diikuti dengan sistem suspensi yang telah dinaikkan kadar damping force range sebanyak 15%. 
 


Nadi kuasa Aventador SVJ ini menggunakan enjin V12 aspirasi natural 6.5 liter yang menghasilkan 759 kuasa kuda dan 719 Nm daya kilas, membolehkan ia memecut sepantas 2.8 saat sebelum mencapai kelajuan 100 km/j. 

Lamborghini mendakwa Aventador SVJ ini telah menerima sedikit penambahbaikan berbanding model terdahulu, menjadikan kelajuan maksimum yang boleh dicapai melebihi 350 km/j.
 


Sistem stereng semua roda telah menerima penalaan bagi menjadikan pemanduan lebih stabil, manakala sistem pacuan semua roda juga telah diolah semula bagi menyalurkan kadar kuasa lebih tiga peratus kepada gandar belakang. 

Sebanyak 900 unit terhad Aventador SVJ akan dihasilkan dan kesemua unit bakal menerima rim ultra-ringan Nireo yang tidak terdapat pada mana-mana model Lamborghini sebelum ini, dan ia dibalut dengan tayar Pirelli P Zero Corsa, manakala tayar Trofeo R yang khusus untuk kegunaan litar ditawarkan secara pilihan. 
 


Harga bagi Lamborghini Aventador SVJ ini bermula dari £356,000 (RM1.87 juta) tidak termasuk aksesori pilihan yang ditawarkan oleh pihak pengeluar. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …
Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…