Selamat datang, kereta berperisai terpantas di dunia - Audi RS7 Sportback, 325 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam sisi gelap dunia, kereta berperisai yang digunakan oleh VIP biasanya terdiri daripada SUV-SUV besar dan mewah, dan disebabkan beban perisai yang ditanggung, ia tidaklah selaju mana apabila dipandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kalau ada duit lebih, anda boleh dapatkan kereta macam The Beast 2.0 milik Presiden Amerika Syarikat, tapi itu pun hanya mampu mencapai 97 km/j sahaja. Myvi lagi laju!

Jadi, bagi anda yang sememangnya di dalam senarai paling dikehendaki dan mahu bergerak lebih pantas berbanding pemburu anda, AddArmor ada jawapannya. 

 


Sebuah kereta perisai Audi RS7 Sportback yang mampu mencapai kepantasan 325 km per jam!

Bagi membolehkan Audi ini bergerak sepantas itu, nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar itu telah dilengkapkan dengan talaan APR Plus Stage II, membolehkan ia mampu menghamburkan 760 kuasa kuda dan 1,085 Nm daya kilas. 

Dengan kuasa sebesar itu, pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 2.9 saat sahaja!
 


Jadi dengan prestasi yang mengkagumkan itu, AddArmour tidak mahu berat kereta perisai ini menjadi penghalang ketika bergerak. 

Untuk menepis segala letusan dan pergerakan peluru, mereka menggunakan bahan jenis polycarbonate weave cocooning yang dikatakan 10 kali lebih kuat berbanding keluli balistik dan 60 peratus kurang berat. 

Manakala di bahagian tingkap pula, bahan yang digunakan adalah khas, terdiri daripada gabungan lapisan polikarbonat dan kaca balistik. 
 


Jika ditambah segala macam perisai yang dilengkapkan, ia hanyalah sekitar 91 kg sahaja namun masih mampu memenuhi piawaian perlindungan tahap B4 Eropah - ini bermakna daripada sekecil-kecil pistol kecil sehinggalah kepada .44 Magnum bukanlah lawan bagi kereta ini. 

Kelengkapan perlindungan tidak terhenti setakat itu, di mana AddArmour telah memanjangkan lagi senarainya kepada sistem semburan lada, sistem asap tabir, lampu silau, tayar run-flat, dan juga pemegang pintu yang dipasang perenjat elektrik. 

Tunggu dulu. Ada lagi!

 


Untuk keselamatan ketika bergerak pula, Audi RS7 Sporback ini turut didatangkan dengan ciri pengesan bom, kamera penglihatan malam, dan tangki oksigen lengkap dengan topeng gas tersendiri sekiranya udara luar dicemari. 

Di bahagian belakang pula, AddArmour telah memasang rak senapang biometrik yang boleh menyimpan segala pistol dan senapang yang anda perlukan untuk mempertahankan diri ketika diserang. 

 


Dengan segala kelengkapan yang ada dalam sebuah kereta yang sangat pantas ini, harganya juga pantas membuatkan akaun bank anda kering. 

Harga jualannya bermula dari $205,000 (RM849,090) untuk sebuah kereta lengkap manakala pakej yang ditawarkan pula bermula dari $28,000 (RM115,973). 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi sepsifikasi, kedua-dua model RS6 Avant dan RS7 Sportback hadir dengan nadi 4.0 liter TFSI…
Berita Global
Memandangkan model pertama RS merupakan sebuah wagon RS2 Avant yang dilayangkan warna biru, kesemua…
Berita Global
Diproduksikan daripada tahun 1994 sehingga 1995, RS2 Avant merupakan sebuah wagon dengan enjin lima…