Seksyen 1 Lebuhraya WCE rasmi dibuka, boleh mula digunakan tengah malam ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seksyen 1 bagi Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang bermula di Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE kini rasmi dibuka.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pembukaan Seksyen 1, WCE itu telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu majlis yang diadakan bertempat di Plaza Tol Banting.

Seksyen 1 melibatkan jajaran sepanjang 12.5 kilometer yang menghubungkan Jalan Dengkil - Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE.

 

2

 

Ia sekaligus bakal memberi manfaat kepada orang ramai terutama pengguna di sekitar Banting sebagai laluan alternatif ke bandar-bandar utama di selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang.

Pembukaan Sekysen 1 itu juga bakal meningkatkan kecekapan perjalanan bagi syarikat pengangkutan barangan dan menjimatkan kos operasi bagi syarikat-syarikat perindustrian.

Terutama sekali bagi kenderaan berat dan komersil yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Lumut ke Lapangan Terbang KLIA.

 

4

 

Untuk pengetahuan, Lebuhraya WCE merupakan lebuh raya antara bandar merentasi bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia menghubungkan Changkat Jering di negeri Perak (Utara) ke Banting negeri Selangor (tengah) sepanjang 314.5 km.

Lebuhraya itu melalui destinasi utama seperti Beruas, Sri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di negeri Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.

 

5

 

Sempena pembukaan Sekysen 1 Lebuhraya WCE hari ini, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi turut mengumumkan pengecualian tol selama sebulan bagi pengguna sehingga 29 September 2024, jam 11.59 malam.

Jajaran itu akan dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam ini, iaitu 31 Ogos 2024 (Sabtu).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Berita Domestik
Pelaksanaan lencongan ini adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk…
Berita Domestik
Menurut warta kerajaan persekutuan, kutipan tol ini akan bermula 15 Januari 2020 sehingga 13…