Sekatan pergerakan penuh (SPP) sehingga 28 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri hari ini supaya SPP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

"Sehubungan dengan itu, SPP disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun hingga 28 Jun.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871 kes," katanya dalam kenyataan harian kepada media, hari ini.

Menurutnya, senarai positif dan negatif serta prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti diumumkan sebelum ini.

"Mengenai senarai berkenaan, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di www.mkn.gov.my.

"Memandangkan semua senarai positif, negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

"Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa," katanya.

Kerajaan melaksanakan SPP berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun (fasa pertama) bagi mengekang penularan ganas Covid-19.

Di bawah SPP, kerajaan menutup penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara kecuali sektor dan perkhidmatan perlu disenaraikan MKN.

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "disebabkan hanya sesetengah…
Berita Domestik
Menurut kenyataan daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), ia adalah berikutan pelaksanaan…
Berita Domestik
  “Antara kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan adalah gagal memakai pelitup muka, gagal…