Sekatan jalan raya: Semua kenderaan komersil disediakan laluan khas

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dimaklumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahawa semua kenderaan komersil seperti lori yang membawa bekalan makanan, bahan-bahan mudah lupus, bekalan perubatan dan petroleum kini boleh melalui sekatan jalan raya dengan lebih pantas menerusi laluan khas yang disediakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Langkah pihak Polis ini juga diambil bagi memudahkan dan mempercepatkan pergerakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), doktor, jururawat, pasukan keselamatan serta agensi yang bertugas dan terlibat dalam menangani wabak Covid-19.


Semua sekatan dan lencongan jalan yang melibatkan laluan keluar dan masuk ke lebuhraya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Polis.

 

Oleh yang demikian, orang ramai boleh menghubungi pihak berkenaan di talian 03-2266 3356 untuk maklumat lanjut tentang sekatan atau lencongan jalan yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

Pada masa yang sama, perkhidmatan-perkhidmatan kritikal di lebuhraya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 masih beroperasi 24-jam setiap hari untuk membantu pelanggan ketika berlaku kecemasan.

 

Pada masa yang sama, PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKP, terus berada di rumah dan hanya melakukan perjalanan sekiranya benar-benar perlu bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…