Sekatan jalan raya diperketat, bukti kerajaan serius halang pergerakan merentas negeri

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sudah pun terlepas pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta, anda mungkin akan menghadapi masalah untuk pulang semula ke ibu kota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana pihak berkuasa telah pun mula melakukan beberapa sekatan jalan raya serta penutupan laluan utama yang menghala ke ibu kota bagi menghalang pergerakan tanpa permit.

Sejak malam tadi, beberapa laman di Facebook mula memaparkan lokasi di mana pihak berkuasa mula menutup beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan info dalaman yang diterima, beberapa lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara menunjukkan keadaan trafik yang terkawal, malah laporan Bernama turut menyebut tiada sebarang percubaan merentas negeri dicatatkan sehingga hari raya kedua.

Pun begitu, sekatan jalan raya tetap diperketat terutama di laluan masuk ke Kuala Lumpur dari arah utara dan Pantai Timur iaitu di Plaza Tol Jalan Duta serta Plaza Tol Gombak.

Bagi mereka yang benar-benar mahu pulang ke ibu kota demi melaksanakan tugas, anda dikehendaki untuk memohon permit kebenaran daripada pihak polis sebelum dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop…
Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti…