Sekatan jalan raya: 310 kenderaan diarah berpatah balik

oleh SALINA JALIL|
Masih ramai yang memberi pelbagai alasan sehingga diarah berpatah balik di sekatan jalan raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mengelakkan perkara tersebut berulang, kebenaran perlu dipohon di balai polis jika ada keperluan bergerak ke sesuatu tempat, merentas negeri di bawah pelaksanaan PKPB atau keluar dari lokaliti dan kawasan PKPD.

 

“Contohnya PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ingin merentas ke Pahang. Jika tiada surat kebenaran, pastinya tidak dibenarkan dan diarahkan berpatah balik,” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
 

 

Jelas Ismail Sabri, sehingga semalam, sebanyak 297 sekatan jalan raya di seluruh negara dan 310 kenderaan telah diarah berpatah balik membabitkan Sabah (201 kenderaan), Johor (64) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (45).

 

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 612 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurun berbanding 688 individu pada hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, seramai 604 individu dikompaun manakala lapan lagi direman.

 

“Kesalahan yang dilakukan ialah ingkar penjarakan fizikal (145), tidak memakai pelitup muka (156), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (134), dan lain-lain (91),” katanya.
 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…